Pecat Hasan, Islam Bukan PAS: Presiden PMIUPM
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد
Assalamualaikum…
Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
Ini merupakan kenyataan media Presiden PAS,
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam
mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
Kenyataan saya: -
1. Statement di atas agak terlalu umum bagi menyatakan kesalahan Hassan Ali yang dikatakan telah emmbuat perkara yang merugikan parti.
2. Tindakan yang serta – merta yang diambil oleh PAS pusat adalah sangat tidak wajar kerana saya tidak nampak Hassan Ali diberi ruang dalam membela dirinya selaku ahli PAS.
3. PAS pula telah bermusyawwarah sebelum mengeluarkan keputusan tersebut dan diharapkan semoga Allah redha dengan ijtihad daripada pimpinan parti dalam membuat keputusan.
4. Hassan dipecat bukan bermakna beliau dipecat daripada Islam. PAS hanyalah sebuah wasilah Islam untuk menggerakkan agenda Tarbiyah, Dakwah dan Siasah.
5. Maka tidak bermakna selepas dipecat daripada PAS, beliau hanya duduk berdiam diri dan meninggalkan kewajipan menyampaikan risalah Islam.
6. Oleh itu, teruskanlah kewajipan anda sebagai penyambung tugas para nabi dalam menyampaikan Islam walaupun dimana tempat berada.
7. Saya syorkan kepada beliau supaya berjumpa semula pimpinan PAS untuk bermusyawwarah tentang perkara ini serta meminta maaf di atas tindakan beliau yang boleh dikatakan menimbulkan kemarahan parti.
wallahu’alam
‘YOUR EXCELLENT PARTNER‘
MUHAMAMD HAZIM MOHD NOH
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
Bertarikh: 15 Safar 1433 H bersamaan 9 Januari 2012
- Posted in: Warta PMIUPM



Pecat Hasan, Islam Bukan PAS: Presiden PMIUPM islamic salvation I was suggested this blog by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble. You are amazing! Thanks! your article about Pecat Hasan, Islam Bukan PAS: Presiden PMIUPM islamic salvation Best Regards Craig Schaad
I got what you designate, thanks for swing up. Woh I am gladsome to conceptualize this website finished google. Thanks For Share Pecat Hasan, Islam Bukan PAS: Presiden PMIUPM islamic salvation.
I got what you impart, thanks for swing up. Woh I am happy to conceptualise this website finished google. Thanks For Share Pecat Hasan, Islam Bukan PAS: Presiden PMIUPM islamic salvation.