Pemuda PAS Kedah Dipersilakan Sekat Kebangkitan Mahasiswa: Presiden PMIUPM
الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين
Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.
Sifirnya cukup mudah, sesiapa pun berbuat zalim, maka wajib kita berusaha hentikan kezaliman itu. Sedangkan cenderung kepada kezaliman dijanjikan azab neraka, apatah lagi menghalang golongan yang membenci dan menentang kezaliman, lebih besar ancaman terhadap golongan ini.
Isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang gantung pengajian 4 mahasiswa dan denda RM 200 ke atas seorang penuntut berentetan hingga ke hari ini. Hanya kerana mereka berhimpun dan meluahkan isu kebajikan penuntut KUIN.
- Saya dengan ini menyatakan sokongan penuh kepada Program Dialog Anak Muda pada 17Januari malam ini yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Insaniah (GMI), IMAP dan NGO-NGO yang terlibat
- Saya mengecam tindakan Pemuda PAS Kedah yang cuba menghalang dialog tersebut dan menghalang demonstrasi mereka kerana bercanggah dengan prinsip Islam yang mengamalkan hak kebebasan bersuara dan berhimpun.
- PAS tidak perlu untuk menegakkan benang basah. Andai PAS salah, sebaik-baiknya mengaku bersalah dan bukannya menyekat mahasiswa daripada bersuara.
- Jika hendak menyekat mereka dan ambil tindakan undang-undang, saya persilakan. Tapi ingat, PAS kena bersedia dengan gelombang yang lebih besar untuk menuntut keadilan.
- Saya nasihatkan Pemuda PAS Kedah supaya perlu bersikap lebih rasional dalam hal ini dengan tidak melakukan lagi fitnah keatas saya dan sahabat-sahabat saya dengan menggunakan kata-kata lucah dalam SMS yang kami terima. Ini amat memalukan kerana PAS membawa title Islam.
- Saya mendoakan supaya mahasiswa KUIN akan menang dalam kes mereka yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Semoga Allah menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kezaliman. Islam tolak kezaliman.
wallahu’alam
‘YOUR EXCELLENT PARTNER‘
MUHAMAMD HAZIM MOHD NOH
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
Bertarikh: 23 Safar 1433 H bersamaan 17 Januari 2012
- Posted in: Isu Semasa ♦ Warta PMIUPM


3 Comments
Trackbacks