Najib (‘Islam’) Lagi Teruk Dari Kerajaan Buddha!!!

Saya mulai tulisan saya ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya mengikuti Talaqqi Tafsir Jalalain, Kelas Bahasa Arab Quran tafsir dan banyak lagi, Maka penyampai berpesan kepada saya bahawa di mana pun sampaikanlah kebenaran. Kebenaran itu pahit. Kebenaran ini akan menakutkan ramai orang walaupun disampaikan oleh seorang sahaja. Maka pengamatan saya di bawah adalah hasil kajian saya pada kerajaan Monggol generasi Gengzis Khan yang dipimpin oleh Kubilai Khan.

Minyak sedang naik harganya dan membebankan rakyat. maka saya katakan Najib lebih teruk dari Kerajaan Buddha.1097884_4584668753987_1635702094_o

Bila lihat Najib dan konco-konconya sibuk menekan rakyat, sedangkan mereka senang lenang buat majlis besar2, Rupa-rupanya elaun yang sangat banyak yang boleh sahaja dipotong jika benar-benar pentingkan rakyat.

Maka saya andaikan mereka ini lebih teruk dari kerajaan Monggol yang satu masa dahulu dipimpin oleh Kubilai Khan.

Setiap kali menang dalam peperangan, maka Kubilai Khan akan bersama konco-konconya serta rakyat bawahan akan sembur arak dan berpesta sambil dihidang makanan yang mewahmewah.

Kemenangan pun disambut bersama rakyat. Rakyat dihidang dengan makanan mewah yang sama Kubilai Khan makan. Najib ada?

Tetapi perangai Kubilai Khan tiba-tiba berubah dan mengejutkan rakyat, konco-konconya serta panglima Islam Cheng Ho dan teman-temannya.

Kubilai Khan tidak mengadakan pesta lagi selepas menumbangkan kerajaan Jepun yang dipimpin Panglima Islam Cheng Ho dan rakan-rakannya.

Rupanya ada di belakang Kubilai Khan seorang pendeta sami Buddha yang menasihatinya supaya memotong ‘elaun’ kerajaan Monggol dan konco-konconya.

Iaitu tidak lagi berpesta, sembur arak, hidangan makanan yang mewah-mewah sebab sami itu berkata bahawa itu hanya membazir wang rakyat dan dengan pemotongan itu akan mengukuhkan lagi ekonomi negara dan jajahan takluknya.

Jika Kubilai Khan yang bukan Islam boleh mengikuti nasihat seorang sami BUDDHA, kenapa Najib seorang ‘ISLAM’ tidak boleh buat??

Agaknya sudah cukup kuat ke mahu berdepan dengan mahkamah Allah??

Jika tidak mampu membuat pemotongan elaun menteri dan diberikan pada rakyat yang sepatutnya, maka Najib lebih teruk dari BUDDHA!!

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 29 Syawal 1434 H bersamaan 05 September 2013

Makna sebenar “minal aidin walfaizin”

Seringkali penulisan kedua kalimah ini disatukan menjadi “minal aidin walfaizin, (mohon) maaf zahir dan batin”. Maka, mungkin ada yang beranggapan bahwa “minal aidin walfaizin” itu artinya “maaf zahir dan batin”.

Sebenarnya, “Minal Aidin wal Faizin” adalah dari doa yang lebih panjang yang diucapkan ketika kita selesai menunaikan ibadah puasa yakni : “Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin” yang ertinya

“Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah aku dan kalian lakukan dan semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan”.

Oleh itu, erti dari “Minal Aidin wal Faizin adalah “Semoga kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan”.

InsyaAllah semoga umat Islam merayakan Hari Raya Eidulfitri mengikut acuan Allah.. aminnn

Kami, Delegasi Pemikir Muda mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan maaf zahir & batin kepada seluruh umat Islam.Image

Sebab Kemenangan Yang Tertangguh (KYT) Menurut Al-Anfal: Part 1

Saya mulai tulisan ini dengan nama Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim

perang_badarBeberapa ketika sebelum ini, orang ramai yang berminat dengan corak politik Malaysia mengkaji buku bertajuk Kemenangan Yang Tertangguh yang di tulis oleh Hasbie Muda seorang penulis muda. Analisis yang baik berdasarkan fakta dan isu yang tepat lalu beliau melontarkan sedikit pandangan dan persoalan untuk pembaca berfikir.

Cuma tulisan ini saya bukanlah mengulas buku itu tetapi melontarkan sedikit pandangan dari perspektif Al-Quran iaitu dari surah Al-Anfal bermula dari ayat 45 sehingga 47. Semoga kita mengambil ikitbar untuk kita memenangkan Islam di Malaysia.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (45)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (47)

Maka diringkaskan disini sebelum kita masuk yang lebih yang terperinci, Allah tujukan ayat ini buat orang yang beriman yang mana apabila berhadapan dengan musuh maka perlunya untuk menepati ciri-ciri ini untuk menyebabkan Allah memberikan kemenangan yang hakiki iaitu:

1. Tegar (teguh hati) ketika menghadapi musuh.

2. Selalu (banyak) berzikir kepada Allah.

3. Taat kepada Allah dan RasulNya.

4. Menjauhi perselisihan dan pertengkaran (saling bergaduh).

5. Sabar dan tabah dalam menghadapi kesukaran perang.

6. Menjauhi sikap sombong dan riya’.

Maka secara terperincinya:Islam’s-Civil-War

1. Tegar (Teguh hati)

Tegar (teguh hati) adalah saat awal menuju kemenangan. Maka sesiapa yang tegar, maka dialah yang menang. Mereka yang beriman sebenarnya tidak menyedari bahawa musuhnya lebih sengsara daripada mereka iaitu merasa sakit lebih dari orang yang beriman.

Ini adalah disebabkan musuh orang beriman tidak mempunyai pengharapan langsung kepada Allah berbanding orang beriman yang macam mana sakit sekali pun dalam perang, mereka ada pengharapan yang besar kepada Allah dan matlamat utama mereka adalah Allah.

Maka jika orang beriman mahu bersabar, tegar sebentar maka mereka akan meraih kebaikan. Kebaikan yang dimaksudkan adalah sama ada mati fi sabilillah atau pun berupa kemenangan.

Sementara itu pula, pihak musuh hanya bercita-cita untuk dunia semata-mata. Mereka bersungguh-sungguh mengejar kehidupan dunia dan berkeyakinan bahawa tidak ada kehidupan yang sesungguhnya kecuali kehidupan dunia.

Terjemahkan dalam Konteks Pilihanraya yang disertai Parti Islam

Maka dalam konteks pilihanraya adalah bertanding dan menyertai pilihanraya untuk memenangkan Islam adalah perlunya ciri penyokong dan pendokong yang tegar (teguh hati). Pilihanraya merupakan perang zaman modenwalaupun bilangan pendokong dan penyokong tidak seberapa tetapi perlulah memiliki ciri ini untuk menang.

bersambung untuk  ciri yang berikutnya yang  melibatkan firaun dan jalut.

Semoga menjadi muhasabah untuk kita bersama..

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 28 Ramadhan 1434 H bersamaan 06 Ogos 2013

Sumber: Tafsiran Ayat-Ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu

Daniel Streich Usul Haramkan Menara Masjid, Temui Kebenaran

Saya mulai tulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Daniel Streich

Daniel Streich

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai seorang tokoh politik Switzerland yang terkenal yang merupakan seorang sangat anti-Muslim. Beliau adalah Daniel Streich yang menganggotai partai Rakyat Swiss (Swiss People’s Party (SVP) di  Switzerland. Beliau merupakan kawan kepada Geert Wilders yang juga sangat memusuhi Islam sehinggakan Geert Wilders membuat filem hina Rasulullah untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. Mereka ini menggerakkan gerakan sentimen anti-Muslim di seantero Swiss.

Daniel Streich sangat terkenal dengan sikapnya yang keras menentang pembangunan menara Masjid di seluruh negara Swiss. Kerana sifatnya yang keras menentang Islam maka beliau menduduki tempat tertinggi di Swiss Army. Politikus Swiss Daniel Streich, yang menjadi terkenal kerana penentangannya terhadap pembangunan Masjid di kampung halamannya.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan menara masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi larangan terhadap mimbar dan kubah masjid.

Kerana pengaruh politiknya, maka cadangan beliau berjaya diluluskan dalam Parlimen iaitu larangan untuk bina masjid di seluruh Switzerland. Bukan sahaja di Switzerland

Geert Wilders: Pembenci Islam

Geert Wilders: Pembenci Islam

bahkan diguna pakai cadangan beliau di seluruh Eropah.

Kaji Islam Untuk Lawan Islam dan Akhirnya..

Streich merupakan seorang yang beragama Kristian dan dibesarkan dalam keluarga Kristian. Maka Streich berusaha memepelajari Quran dan ajaran-ajaran Islam untuk melawan orang Islam bagi meruntuhkan keyakinan mereka terhadap agama mereka sendiri. Akhirnya beliau mula sedikit-sedikit mengakui kebenaran Islam.

Kesan daripada kajiannya mengenai Islam maka beliau telah memeluk ISLAM!!!
Streich keluar dari SVP dan sekarang lebih memfokuskan perhatiannya untuk berpartisipasi dalam pembangunan Partai Demokratik Baru (new Conservative Democratic Party) di kanton Freiburg. Berbeza dengan gerakan sebelumnya, Gerakan baru Freich (Freich’s new movement) lebih memfokuskan diri pada pembangunan toleransi, mempromosikan nilai-nilai perdamaian dan kerjasama dalam kehidupan, meskipun telah menjadi kenyataan bahwa pelarangan menara Masjid telah memperoleh status hukum.
Beliau yang sebelumnya telah menentang pembangunan menara Masjid, kini berharap akan terwujudnya pembangunan Masjid kelima di Swiss, dan akan menjadi masjid paling indah di Eropah.
Kata-katanya setelah memeluk Islam,

Saya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas perbuatan saya yang menyebabkan cadangan saya dalam parlimen supaya mengharamkan menara masjid diluluskan semasa kejahilan saya dan saya berjanji akan membina masjid yang terbersar dan terindah di Eropah

Peristiwa mohon maaf Streich kepada seluruh umat Isam mengingatkan saya kepada seorang bekas panglima tentera Musyrikin dan bekas panglima Islam yang hebat iaitu Khalid Al Walid. Apa yang Khalid  katakan pada Nabi Muhammad saw selepas perang Uhud?? Bagaimana berubahnya Khalid dan tersentuhnya hati beliau?? Nantikan cerita yang akan datang.

Semoga menjadi muhasabah untuk kita bersama..

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 25 Ramadhan 1434 H bersamaan 03 Ogos 2013

‘Nyanyian’ Subuh Bilal Mengejutkan Nyonya

Saya mulai tulisan ini dengan nama Allah, Tuhan sekalian alam.

Seperti biasa, saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dalam Kuliah Bahasa Arab Tafsir Quran yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail padaMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah at dusk, Shah Alam, Selangor, Malaysia setiap hari khamis.

Ini merupakan kisah benar. Diceritakan oleh Dr. yang suatu masa dahulu, semua ajk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sedang mengira duit yang disumbangkan oleh jemaah masjid. Sedang mengira duit, mereka terjumpa satu kertas yang yang dilipat dan dimasukkan di dalam tabung masjid. Maka mereka membuka kertas itu dan ada sedikit nota yang ditulis atas kertas yang berbunyi,

Tolong jangan azan masa waktu Subuh kerana telah mengganggu waktu tidur orang ramai di kawasan ini!!!

Sejurus membaca nota itu, maka Bilal yang selalu melaungkan azan berasa sangat sedih dengan warning yang diberikan oleh jemaah masjid. Mana mungkin nota itu ditulis oleh orang yang belum lagi memeluk Islam. Ini mesti kerja orang Islam syak Bilal itu.

Esok subuhnya, Bilal tersebut, hanya melaungkan azan tanpa menggunakan pembesar suara kerana terlalu sedih dengan nota tersebut. Setelah selesai solat subuh, Bilal tersebut pergi ke taman bunga untuk menenangkan mengambil angin pagi. Maka kelihatan seorang perempuan berbangsa Cina yang agak berumur yang dipanggil Nyonya sedang berjogging di taman bunga itu. Dia merupakan jiran kepada Bilal itu. Lalu Nyonya itu pun menegur Bilal itu,

Nyonya: hai pak Bilal, kenapa you tak nyanyi ini hari?

Bilal: Nyanyi? Bila pulak saya nyanyi?

Nyonya: owhh, bukan kah you selalu nyanyi pagi-pagi dalam pukul lima lebih sebelum ni?

Bilal: (dengan tersenyum campur pelik dan hairan) hari ini saya terlupa nyanyi la nyonya.

Nyonya: bukan apa pak Bilal. I suka dengar you nyanyi tiap2 hari. suara you sedap. Selepas you nyanyi ja, I akan terus pergi jogging. tapi ini hari you tak nyanyi, so I terlewat pergi jogging.

Rupa-rupanya, orang yang belum memeluk Islam lebih menyukai azan berbanding orang muslim tersebut. Maka fikir-fikirkanlah. Orang yang sangat membenci Islam, Daniel Streich, ahli parlimen Switzerland mengusulkan dalam Parlimen untuk mengharamkan azan. Akhirnya diterima usul itu bukan sahaja di Switzerland bahkan seluruh Eropah. apakah terjadi selepas itu kepada Daniel Strieich dan masjid-masjid Eropah? nantikan tulisan yang akan datang.

Semoga menjadi muhasabah untuk kita bersama..

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 24 Ramadhan 1434 H bersamaan 02 Ogos 2013

Sajak Kedua Dr Mat Rofa Ismail…..

Salam Ramadhan Kareem..

Hari ini saya pergi lagi ke kuliah mingguan Bahasa Arab Tafsir Al-Quran yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail. Kuliah ini akan disampaikan pada setiap:1014417_4426622922940_2005868350_n

Hari: Khamis

Masa: 5 – 6.30 ptg

Tempat: Bilik Seminar, Tingkat 2, Bangunan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) UPM

Cuma pada bulan Ramadhan ini, ditukar masanya ke pada 11 pagi. Boleh ajak teman-teman yang lain. Yang menarik perhatian saya pada hari ini adalah berkenaan sajak yang ditulis oleh Dr. Mat Rofa. Sepanjang hayatnya sehingga kini, inilah kali kedua beliau menulis sajak. Kali pertama adalah semasa waktu sekolah yang mana rakannya meminta beliau menulis sajak untuk pertandingan lalu dihantar atas nama rakannya lalu menang pertandingan tersebut. dan ini pula sajak kedua. Mari renungkan dan hayati:

Apabila diri terbujur kaku

Apabila lidah kelu berbicara

Apabila nafas sesak di dada

Apabila kaki berpulas – pulasan derita

Alam barzakh menjemput tiba

Teringat usia remaja di sia – sia

Usia dewasa penuh noda dan dosa

Usia tua yang rakus mengadu domba

Alam akhirat akan bermula

Alam dunia berakhir duka

Sepanjang usia tertidur lena

Baru kini diri terjaga…

Ketika nyawa tercekik di dada…

Hanya penyesalan melabuhkan tirai….

Segala nasihat terpampang nyata…

“Wahai Tuhan… kembalilah daku ke dunia seketika…”

Lupakah dikau: “Apabila sudah tiba masa, ajal tidak disegera,

tidak pula dileka”

Semoga sedikit sajak yang ringkas ini dapat mengetuk pintu hati kita untuk terus melakukan amal soleh.. aminn

wallahu’alam

 

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Seksyen Kekeluargaan,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 16 Ramadhan 1434 H bersamaan 25 Julai 2013

Mana Tahu Anak Ini Pejuang @ Bodoh Macam Keldai?? – Yang selalu diucapkan

Ku mulai tulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Di dalam buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam tulisan Abdullah Nasih Ulwan, Fasal 3: Hukum-Hukum Umum Yang Berkaitan Dengan Anak Yang Baru Dilahirkan dalamgambaranakzahiriladzim perbahasan 1: Apa yang perlu dilakukan oleh pendidik ketika kelahiran anak di mukasurat 87 berkaitan Sunat digembirakan serta diberi tahniah ketika kelahiran anak menceritakan seperti berikut:

Adapun yang mengenai dengan memberi tahniah kerana mendapat anak, maka Imam Ibnul Qayyim  telah meriwayatkan di dalam kitabnya yang berjudul Tuhfatul-Maudud, daripada Abu Bakar bin Al-Munzir, bahawasanya dia berkata: Kami telah meriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Bishri, bahawasanya dia berkata: Telah datang seorang lelaki kepadanya, dan bersamanya ada seorang lelaki yang baru saja mendapat seorang anak lelaki, lalu berkata seorang kepada temannya:

Aku beri kau tahniah kerana mendapat seorang pejuang.

Mendengar itu Al-Hasan Al-Bishri menyangkal: Mana kau tahu anak itu akan menjadi pejuang, ataupun barangkali dia menjadi bodoh macam keldai? 

Maka berkata lelaki itu: Habis macam mana yang baik kita katakan?

Berkata Al-Hasan Al-Bishri: Katakanlah, ‘Moga-moga diberkati anak itu, dan kau pula mensyukuri Tuhan Pemberi, dan kau akan dikurniakan ketaatannya apabila dia besar nanti.’

Semoga dapat mengambil iktibar dari petikan di atas kerana sering sahaja orang zaman sekarang yang mengatakan “ tahniah kerana mendapat anak yang bakal seorang pejuang”. Iktibar teguran dari Al-Hasan Al-Bishri.

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Seksyen Kekeluargaan,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 23 Syaaban 1434 H bersamaan 2 Julai 2013

Jemputan ke walimah saya…

assalamualaikum. .

maaf la kalau saya lambat menjemput sahabat-sahabat ke walimah saya.. bukan membelakangkan sahabt-sahabat cuma kekangan masa yg buat saya terleka sekejap dengan duniawi..

di sini saya ingin menjemput sahabat-sahabat ke majlis pernikahan:

SAYA dan RAMADHAN..

tempat: di masjid2 yang berdekatan dengan anda

masa     :sebulan (bermula 1 Ramadhan bersamaan 10 Julai)

kad walimah saya

kad walimah saya

Anda semua di alu-alukan bersama sahabat handai masing-masing.. Majlis walimah kami sangat ringkas.. sesuai dengan status saya sebagai pelajar.. maklum la.. belajar pun dgn duit ptptn jerk… bagi menu makan kami sangat selesa memilih kurma sebagai hidangan utama manakala hiburan yang bakal di persembahkan adalah majlis tilwah bergilir2 dari saya dan zauj (suami) sambil di tasmik oleh sahabt-sahabat jugak..

kemuncak majlis resepsi adalah di sepertiga malam.. semua hadirin di jemput hadir.. kami menjangka kan kita semua dapat sama2 mengahayati keindahan pelamin  cinta kami berbumbungkan langit di hiasi bulan bintang dan bertakhtakan tanah yang sngat menyamankan. . sila bawa hamparan masing ke veue yang berdekatan.. majlis resepsi kami sgt mudah.. rukuk dan sujud sehinggan tubuh lelah dan berulang kali merintih hingga mengah lalu tidur lelap sehingga 10 minit sebelum subuh..

waktu paling afdhal untuk mengisi perut.. bagi sahabat yang mungkin ada masalah untuk hadir, jangan risau.. majlis kami berlangsung selama sebulan dan diadakan di masjid yang paling dekat anda semua… jgn lupa hadir ye? nanti sunyi pula ana dan zauj… nanti ana postkan kad kahwin kami.. x sempat pula nak post hari nie.. maaf yer lambat…

salam tautan kasih…

Credit to Kak Fazidah atas tulisannya..

wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Pengarah,

Seksyen Kekeluargaan,

Delegasi Pemikir Muda (DPM)

Bertarikh: 23 Syaaban 1434 H bersamaan 2 Julai 2013

 

Topeng N95 Bukan Topeng Surgeri Untuk Jerebu: DPM

JEREBU 

N95 mask

N95 mask

Jerebu ialah pencemaran udara yang disebabkan oleh kehadiran zarah-zarah halus yang terapung di dalam udara. Bahan-bahan partikel (Particulate Matter, PM) iaitu zarah terampai yang terdapat di dalam udara seperti habuk, kotoran, abu dan asap, berbeza saiz dari 2.5 mikron ke 10 mikron, bahan-bahan kimia seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon, nitrik oksida dan hidrokarbon aromatik polisiklik (bahan kimia yang terhasil daripada tindakbalas pembakaran tak lengkap atau bahan karbon berminyak seperti kayu, arang batu, diesel, lemak atau tembakau).

Tindakan Orang Awam Semasa JEREBU

1. Topeng Pernafasan

* Topeng N95:  mampu menapis partikel HALUS (0.3 mikron ke atas) dan mencegah anda daripada menyedut partikel jerebu dari udara. Ia  menghalang partikel-partikel halus masuk ke hidung dan mulut dan menghalang udara sampai ke paru-paru serta saluran pernafasan. Memakai topeng N95 insyaAllah akan memberi perlindungan yang lebih tinggi.

Surgical mask

Surgical mask

* Topeng Surgikal: Ia digunakan oleh pesakit untuk mengelakkan cecair kahak dan hingus pesakit tersebar ke udara ketika batuk. Tidak menjanjikan perlindungan 100% kepada pemakai yang sihat kerana udara masih lagi boleh masuk ke rongga-rongga yang ada di topeng tersebut jika tidak dipakai dengan kemas serta hanya boleh menapis partikel saiz yang besar sahaja. Maka ia tidak sesuai digunakan semasa JEREBU.

2. Pemilik Kenderaan

Mesti memastikan kenderaan anda tidak melepaskan asap hitam dengan melakukan perkara dibawah:L

* Hantar ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan yang baik.

* Jangan membawa muatan yang melebihi had yang telah ditetapkan.

* Segera melaksanakan kerja penyenggaraan enjin mengikut jadual.

* Jangan memandu laju dalam keadaan ‘gear’ rendah.

 Semoga kita sama-sama melaksanakan dua perkara di atas untuk diri dan masyarakat.

Wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Ketua Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM).

Bertarikh: 14 Sya’aban 1434 H bersamaan 23 Jun 2013

Ikutilah Rasulmu dalam Setiap Ucapan: Seruan Pertama vol 1

“Dengan nama ALLAH” ku mulai tulisan ini.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 104 untuk orang-orang beriman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا

وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

* Rai’na ertinya lihatlah kami. Ketika para sahabat meggunakan perkataan ini kepada Rasulullah, orang Yahudi pun menggunakannya seakan-akan mengatakan rai’na, padahal yang katakan adalah ru’unah (sangat bodoh) sebagai ejekan kepada Rasulullah. Itulah sebabnya Allah menyuruh supaya para sahabat menggantikannya dengan unzurna yang ertinya sama dengan rai’na (Penjelasan).

rock-alim1Keterangan dan Penjelasan

Ini merupakan seruan pertama di antara sekian seruan Tuhan bagi mereka yang beriman. Orang beriman wajib menyambut seruan Tuhannya, baik yang berupa perintah ataupun larangan , agar memperoleh keredhaan Pemerintah dunia dan akhirat.

Ketahuilah wahai saudara se-Islam, sesungguhnya seruan Allah kepadamu dengan menyebutmu sebagai orang yang beriman adalah suatu kemuliaan bagimu. Jika tidak demikian, maka siapakah sebenarnya dirimu sehingga Tuhan Pemerintah seluruh alam ini menyerumu? Siapakah dirimu sehingga Tuhan Pemerintah langit dan bumi ini menyerumu?

Wahai mereka yang mengakui Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan Rasul serta Al-Quran sebagai undang-undang!!

Waspadalah terhadap kaum Yahudi! Janganlah kamu mengatakan kepada Rasul ketika dibacakan wahyu Allah swt, “Rai’na” yang maksudnya agar Rasulullah memerhatikanmu dan agar dia membacakan wahyu Allah secara perlahan sehingga kamu dapat menghafalnya kerana kaum Yahudi yang keji itu berpura-pura menyerupai ucapanmu, lalu mereka melencongkan lidah mereka dengan perkataan ini sehingga nampak seperti perkataan umpatan.

Mereka mwnujukannya kepada Rasulullah saw untuk menjadi bahan ejekan di kalangan mereka, namun gunakanlah perkataan lainnya sehingga kaum Yahudi tidak lagi menjadikannya sebagai bahan ejekan, maka katakanlah, “Unzurna” dan dengarkanlah dengan baik ketika Rasulullah saw membacakan wahyu Allah kepadamu.

Ibnu Kathir berkata, “Allah melarang hamba-Nya yang beriman menyerupai kaum kafir, baik dalam ucapan ataupun perbuatan mereka kerana kaum Yahudi La’natullah Alaihim meneliti ungkapan yang diputar belitkan maksudnya. Ketika mereka ingin berkata, Isma’ lana (Dengarkanlah kami), maka perkataan yang mereka gunakan adalah Ra’ina yang mereka putar belitkan menjadi Ru’unah.

Dalam hadith yang lain, jika mereka mengatakan ‘Assamu ‘Alaikum yang bermaksud kematian dari perkataan sam, maka orang beriman perlu menjawab ‘”wa’alaikum” (bagi kamu semua juga demikian). Orang beriman perlu menjawab salam kerana ini merupakan tuntutan yang wajib ke atas orang beriman dan tidak pula ke atas mereka. Tujuannya adalah Allah melarang orang beriman menyerupai kaum kafir baik dari segi ucapannya mahupun perbuatannya.

Bersambung…

Wallahu’alam

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Ketua Pengarah,

Delegasi Pemikir Muda (DPM),

Pengarah Seksyen Kekeluargaan DPM,

Bertarikh: 11 Sya’aban 1434 H bersamaan 20 Jun 2013

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,802 other followers

%d bloggers like this: