Perutusan Aidiladha dari Presiden PMIUPM

Assalamualaikum wbt…

Tiada lafaz yang lebih agung hanya pujian dan syukur yang tidak terhingga kita rafa’ kan kehadrat Rabbul A’lamin diringi laungan takbir, tasbih, tahmid dan tahlil memuji serta membesarkan keagungan Allah Taala. Tidak lupa selawat dan salam keatas junjungan mulia kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat tabi’ dan tabien seterusnya sahabat-sahabat penyambung mata rantai perjuangan risalah kebenaran.

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah S.W.T,

Alhamdulillah, kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk mengecapi nikmat kehidupan sehingga saat ini. Bulan ZULHIJJAH memberikan pengajaran tentang konsep pengorbanan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi Ulamak Islam memegang bahawa perayaan korban ini sebagai memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya Nabi Ismail sebagai korban kepada Allah S.W.T sepertimana kisah pengorbanan ini dirakamkan didalam surah As-Soffat bermula dari ayat 101 sehingga ayat 108. Bagaimana naluri seorang ayah yang baru sahaja menemui anaknya namun diminta untuk menyembelih anak kesayangan tetapi ketaqwaan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengatasi segala yang ada didunia ini demi mematuhi perintah Allah S.W.T.

Terlalu banyak pengajaran yang dapat di teladani melalui kisah pengorbanan ini supaya difikirkan bersama bagaimana untuk kita melahirkan mahasiswa yang mempunyai tahap ketaqwaan yang tinggi seperti Nabi Ibrahim dan mahasiswa yang yang mempunyai tahap ketaatan yang padu seperti Nabi Ismail yang sanggup berkorban untuk Islam. Maka sifat pengorbanan dari pelbagai aspek seperti harta, masa dan kehidupan peribadi perlu disemai dan dibajai didalam jiwa mereka yang bergelar pendokong Islam agar memudahkan gerak kerja dakwah itu sendiri. Begitu juga didalam konteks kita sebagai seorang mahasiswa dan penuntut ilmu maka konsep tadhiyyah dan mujahadah amatlah diperlukan untuk menghadapi mehnah didalam melalui rutin kehidupan seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Kepada seluruh warga kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) , marilah kita terus menerus memperkukuhkan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) sebagai satu-satunya persatuan islam di UPM dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah untuk berdakwah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya

Seterusnya, sebelum mengakhiri kalam ini, saya mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan doakan kejayaan serta kecemerlangan untuk seluruh warga kampus UPM didalam imtihan yang sedang berlangsung, semoga natijah kecemerlangan milik kita bersama. Akhirnya, saya mewakili saff pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Dan Batin diatas segala khilaf yang ada. Salam imtihan dan siiru ala barkatillah.

~Muhammad Hazim b Mohd Noh~

~Presiden PMIUPM~

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: