Selamat Bercuti buat semua warga kampus Universiti Putra Malaysia

Alhamdulillah… terima kasih bagi pihak Exco Informasi dan Penerangan kerana memberi ruang    yang cukup bermakna ini untuk saya menyampaikan warkah ini buat seluruh warga kampus UPM.  Sebagaimana yang telah sedia maklum, mahasiwa serta mahasiswi semua telah berjaya  menamatkan peperiksaaan akhir semester satu sesi 10/11 dengan jayanya. Setelah 14 minggu  membuat persediaan, semestinya anda semua mengharapkan keputusan serta ‘pointer’ yang  sangat cemerlang. Sehubungan dengan itu, PMIUPM Pusat sentiasa mendoakan kejayaan anda  semua dalam akademik dan juga kejayaan di akhirat. Di saat-saat begini, marilah kita bersama-    sama bertawakkal kepada Allah setelah segala usaha yang terbaik dibuat. Bertepatan dengan  firman Allah dalam surah Huud ayat 123 yang bermaksud

“Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, Maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan”.

Perlu juga diingat bahawa keringat yang ditaburkan oleh semua pensyarah dalam melihat anak didik mereka berjaya, hargailah jasa mereka dengan mengamal adap-adap belajar serta adap-adap dalam menuntut ilmu.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Selepas tamatnya peperiksaan, kebiasaan anda semua pasti tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman setelah sekian lama berjuang menerusi mata pena. Sudah pasti ibu bapa, adik beradik, sahabat handai, serta orang yang terdekat sangat merindui dan menunggu saat kepulangan anak yang tercinta yang berada di menara gading untuk menuntut ilmu bagi memenuhi tuntutan fardu ain mahupun fardu kifayah. Bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w  yang diriwayatkan oleh Ibn Majah bermaksud menuntut ilmu difardhukan (diwajibkan) keatas setiap individu muslim. Oleh itu, pesanan PMIUPM Pusat supaya berhati-hati di jalanraya dan ingatlah bahawa ibu bapa anda yang tercinta sedang menanti kepulangan anak mereka.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Cuti semester yang akan berlangsung lebih kurang sebulan lebih. PMIUPM Pusat juga mengingatkan bahawa jangan sesekali membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dengan menjadikan cuti anda ‘kosong’ dan tidak bermakna. Isilah masa yang terluang itu dengan ilmu-ilmu agama, kerja-kerja kemasyarakatan dan sebagainya yang menuju keredhaan Allah (mardhotillah). Dan kebiasaannya selepas sahaja peperiksaan, pelajaran yang dipelajari di bilik-bilik kuliah telah lupus dari ingatan. Jangan kita hanya menjadikan ilmu sebagaiexam oriented’. Sepatutnya kita perlu belajar atas dasar kefahaman bukan hanya sekadar buta tuli. Justeru, PMIUPM  Pusat menasihatkan supaya saudara/saudari tidak meninggalkan buku pelajaran terutamanya buku tentang agama dengan menghubungkaitkan dengan kehidupan seharian supaya dapat merealisasikan doa yang selalu dibaca dalam segala penutup doa ‘wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat’ menjadi kenyataan.

Akhir kalam, PMIUPM Pusat memohon ampun dan maaf diatas segala silap dan salah. Kami mendoakan semoga seluruh warga kampus UPM dapat memanfaatkan cuti semester ini dengan perkara yang bermakna dan sebaiknya, mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang serta selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

Muhammad Hazim Mohd Noh

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia 10/11

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: