Inilah PMI UPM!

Baru-baru ini, tamat sahaja musim peperiksaan akhir sem satu sesi 2010/2011. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Kem Putra Soleh (KPS) atau lebih dikenali sebelum ini sebagai Kami Anak Muda Islam (KAMI) dengan kerjasama dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia. Tujuan utama KPS ini adalah sebagai satu kem pemantapan diri yang merangkumi aqidah, ibadah dan akhlak.


 

Ustaz Alzasya merasmikan Kem Putra Soleh, turut hadir Ustaz Hafiz dari Pusat Islam

Kem Putra Soleh dirasmikan oleh Ustaz Alzasya Illiyin, wakil dari Pusat Islam Universiti Putra Malaysia. Turut hadir mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, saudara Abd Razak Omar.

Sejurus selepas perasmian, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, saudara Muhammad Hazim Mohd Noh memberi ucapan alu-aluan kepada para peserta Kem Putra Soleh, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta dalam mengharungi perjalanan KPS dan mengharapkan semoga KPS ini dapat membantu membentuk pemuda pemudi Islam yang akan menegakkan syiar Islam di kampus UPM khususnya serta membantu membentuk insan yang bertaqwa kepada Allah.

 

ucapan alu-aluan Presiden PMI 2010/2011, mantan presiden sesi 2009/2010 turut hadir sama

 

Presiden menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Alzasya Illiyin diiringi Pengarah program, Saudara Ahmad

Lensa dari kamera PMI UPM sempat menangkap aksi dan gelagat peserta yang mengikuti KPS ini, macam-macam ada. Jiwa mereka diisi dengan keindahan dan kecintaan terhadap Islam, hati mereka ditarbiyah agar menjadi insan yang bertaqwa , amal mereka dijaga dalam usaha membantu mereka mengenali apa itu Islam dalam kehidupan seharian..

Jom, jengah seketika gelagat mereka! =)

Seronoknya! kita bersama
Jom Makan dalam Talam sama-sama =)

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khusus untuk peserta KPS dalam usaha membentuk mahasiswa yang mantap dari segi ibadah, akidah serta akhlak. Ini adalah salah satu usaha Persatuan Mahasiswa Islam UPM setiap tahun untuk membantu menyebarkan ajaran Islam sebagai addin terhadap mahasiswa mahasiswi UPM.

Ikut sunnah Rasulullah-makan dalam talam
….fikir2x….
goleng-golek gelong…golek2x, sampai masuk gol!
jungle tracking…mencabar dan menyeronokkan
wah, seronok nampak! tak sabar ni nak masuk  hutan
Tenangnya disini sambil mendengar pengisian rohani…
“Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan tiada siapa yang bisa memisahkan kita antara kita semua…  Seerat simpulan yang tidak terbuka Seteguh langit tinggi menongkah dunia kita mengharung badai atas nama Kasih insan bersaudara…”_in-Team. Lagu tema KPS “Akrab Persahabatan”
Fasilitator yang sabar melayan karenah adik-adik sepanjang KPS berlangsung

Doa Rabitah dibaca sebelum mengakhiri Kem Putra Soleh kali ini dan majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Saudara Muhammad Hazim Mohd Noh selaku presiden Persatuan Mahasiswa Islam dan beliau sempat merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kem Putra Soleh ini secara langsung mahupun tidak langsung.

“Saya mengharapkan para peserta KPS dapat menjadi mahasiswa mahasiswi yang sanggup berkorban dan berjihad kerana Allah dan RasulNya serta menjadi penggerak utama bagi menegakkan Islam terutamanya di bumi kampus hijau Universiti Putra Malaysia,” – harapan Presiden dalam ucapan penutup Kem Putra Soleh

Akhir kata, INILAH PMI UPM anda! Kami sentiasa bersama mahasiswa serta mahasiswi kampus Universiti Putra Malaysia.

Bak kata seorang peserta KPS dalam blognya, “Bergetar jiwaku apabila mendengarnya*. Nak tahu apa rasanya??? Jom, sertai KPS di musim akan datang!”

“Your Excellent Partner”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: