PMIUPM Mengecam Pelaksanaan Pendidikan Seks di Sekolah

Serdang, 1 Disember – Presiden PMIUPM Saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh menyatakan dengan tegas bahawa PMIUPM mengecam tindakan Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional yang mahu memperkenalkan elemen pendidikan seks dalam subjek Pendidikan Kesihatan.

Pendidikan seks ini dikatakan akan dilaksanakan menjelang tahun 2011 pada murid Tahun Satu. Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata ibu bapa mengharapkan segala keperluan sukatan pelajaran termasuk  penyediaan guru yang terlatih.

Katanya lagi, beliau juga yakin ibu bapa sedar betapa pentingnya pendidikan seks di sekolah bagi mengurangkan kadar gejala sosial yang kian melampau.

PMIUPM merasakan ini adalah satu perancangan yang sangat tidak cerdik bagi pihak berwajib kerana tindakan ini bukan hanya akan mengurangkan kadar gejala sosial malah akan meningkat secara mendadak. Hal yang sedemikian adalah kerana murid Tahun Satu belum cukup matang untuk mempelajari subjek pendidikan seks, malahan subjek sains tentang tentang pembiakan dan sek sekunder diajar dalam tingkatan tiga dimana pelajar dalam peringkat itu sudah boleh menerima apa yang hendak disampaikan.

Presiden PMIUPM Saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh, berkata ini merupakan salah satu agenda yahudi yang mahu merosakkan umat Islam terutamanya remaja dan pemuda Islam.

Pihak Yahudi sendiri mengakui umat Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan peperangan kerana umat Islam mencintai mati sebagaimana mereka mencintai hidup. Oleh itu, hanya dengan merosakkan umat Islam secara halus sahaja akan berjaya melemahkan umat Islam.

“Ini bukanlah satu penyelesaian yang bijak. Sepatutnya pihak kerajaan sendiri termasuk pihak yang berwajib kembali kepada Islam sebagai penyelesaian dengan melaksanakan hukum yang ditetapkan oleh Allah seperti hudud bagi mengurangi gejala sosial dan memperkasakan lagi subjek pendidikan Islam dengan menekankan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan” katanya ketika ditemuramah pada sidang tergempar di bilik Gerakan PMIUPM selepas keluar kenyataan media hari ini tentang pendidikan seks di Berita Harian.

Tambahannya lagi, kita boleh mengambil contoh negara yang telah melaksanakan pendidikan seks di sekolah yang dikeluarkan di China Post, ada dipaparkan gambar budak berumur enam tahun melakukan aktiviti yang tidak senonoh dan tidak sewajarnya dilakukan.

PMIUPM mewakili mahasiswa Islam kampus UPM sangat tidak bersetuju dengan pelaksanaan pendidikan seks. Kami PMIUPM menegaskan sekali lagi bahawa PMIUPM mengecam tindakan tersebut. Berbaliklah kepada Islam sebelum negara menjadi semakin parah.

1 Comment

  1. musafirjalanan16

    Tahniah atas penyampaian yang hebat.. semoga mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: