Bergerak Atas Dasar Kefahaman

Seri Kembangan, 2 Dec – Presiden PMIUPM Saudara Muhammad  Hazim bin Mohd Noh menegaskan bahawa perlunya setiap ahli gerakan Islam PMIUPM bergerak kerja atas dasar kefahaman. Setiap ahli yang bergerak atas dasar kefahaan mampu membawa PMIUPM kearah kegemilangan.

Presiden PMIUPM, berkata sepertimana yang kita sedia maklum, Imam Hassan Al-Banna (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Pertama) yang merupakan pengasas gerakan Islam Mesir iaitu Ikhwanul Muslimin telah membahaskan sebanyak dua puluh prinsip dalam rukun bai’ah yang pertama iaitu FAHAM dalam buku Risalah Ta’lim.

“Dalam buku tersebut banyak yang telah dihuraikan mengenai mengapa perlu bergerak atas dasar kefahaman. Mengenai bid’ah, ‘uruf, siyasah syar’iah dan sebagainya. Jika ahli PMIUPM bergerak hanya sekadar ikutan ataupun sekadar tradisi dan adat, hanya akan melahirkan masyarakat yang pincang serta membantutkan perjuangan yang dibawa oleh PMIUPM”, tambahnya lagi ketika ditanya mengenai kefahaman ahli PMIUPM dalam membawa gerakan itu di bawah pimpinannya pada sessi kali ini.

Kita meninjau kembali pada’ ZAMAN RASULULLAH SAW sejarah di zaman penurunan wahyu, Nabi Muhammad SAW mengumpul kekuatan para sahabat seramai 313 orang untuk menuju ke Medan Badar demi untuk mengambil kembali harta umat Islam yang dirampas oleh kaum musyrikin Mekah ketika berlakunya penghijrahan.
Keberanian yang ditunjukkan oleh Baginda SAW serta para sahabat demi semata-mata menjaga hak umat Islam yang dirampas. Walaupun kekuatan tentera musyrikin seramai 1000 orang, namun perkara tersebut sedikit pun tidak melunturkan keberanian mereka untuk mendapatkan kembali hak umat Islam kerana mereka adalah golongan yang FAHAM.

Pada zaman PEMERINTAHAN KHULAFA’ YANG PERTAMA pula, dengan sifat berani dan tegas yang ada pada Saidiana Abu Bakar As-Siddiq RA, beliau memerangi golongan yang enggan membayar zakat dengan melaksanakan hukuman bunuh. Walaupun hukuman tersebut ditegur oleh Saidina Umar Al-Khattab RA, tetapi Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA tetap bertegas kerana beliau FAHAM tentang kehendak dan maksud sabda nabi SAW

“Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semua itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam dan hisab mereka terserah kepada Allah SWT.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Beliau melontarkan satu persoalan kepada Saidina Umar Al-Khattab RA sebagai jawapan bagi soalan yang ditanya. “Adakah kamu membezakan antara golongan yang murtad dengan mereka yang menafikan hukum pembayaran zakat?.”

Selepas zaman KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYAH, keberanian dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebabkan kefahaman masyarakat tentang gerakan Islam semakin subur. Walaupun diuji dan ditimpa dengan pelbagai mehnah dan rintangan, tetapi beliau tetap istiqamah dalam meneruskan risalah Rasulullah SAW kerana FAHAM yang ada dalam diri beliau.

Kalaulah bukan dengan kefahaman yang jelas, keberanian yang membara di peringkat awal akan terpadam sedikit demi sedikit. Dan saya yakin, kefahaman yang tidak diterapkan dalam keberanian akan membuahkan hasil natijah yang tidak sempurna.

Janganlah kita endabik dada mengatakan yang kita ini golongan yang ditarbiyah kerana ramai yang kita lihat hari ini pada mulanya, ramai aktivis mahasiswa bersemangat memperjuangkan gerakan Islam di kampus tetapi pada akhirnya jatuh kecundang kerana hanya bergerak dengan tin yang kosong tanpa berisi apa-apa.

Saya mengingatkan diri dan sahabat-sahabat seperjuangan khususnya PMIUPM, bergeraklah atas dasar kefahaman yang jitu supaya kita berjaya mengubah mentaliti masyarakat sekitar dengan pasakan agenda dakwah PMIUPM. Perlunya PMIUPM FAHAM perjuangan kerana itulah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. .

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

Muhammad Hazim bin Mohd Noh

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam UPM

sumber rujukan:

1. Buku Risalah Ta’lim

2. http://shahrizanhazime.blogspot.com

1 Comment

  1. sungguh sedikit manusia yang memahami,lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan, dan tersangat sedikit manusia yang memahami, mengamalkan dan sampai ke tujuannya ~ insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: