KAMI MEDIK! best!!!

Kem Anak Muda Islam Medik ( KAMI MEDIK) telah dijalankan pada 26-28 November 2010 yang bertempat di Kem Suara Rimba Ria, Suara Hutan, Hulu Langat Selangor. Kem anjuran Putra Medical Club ( PMC) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam ( PMI) ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang tanggungjawab doktor bukan sekadar merawat fizikal pesakit malah perlu juga merawat rohani. Matlamat akhir program ini adalah untuk melahirkan golongan protaz  ( professional + ustaz) yang mempunyai kesedaran untuk membawa dakwah Islam dalam setiap gerak kerja.

Antara pengisian adalah, kuliah aqidah & idealogi, kuliah fiqh perubatan, night game, muhasabah dan explorace. Semua aktiviti yang dirancang mendapat sambutan yang sangat baik dan memberangsangkan dari peserta. Konsep night game yang membawa skop perbincangan aqidah, ibadah dan akhlak dalam bentuk permainan sangat memberi kesan kepada peserta.

Respon dari peserta, “ sangat best, dapat tambah ilmu agama. Check point yang paling best adalah check poin hantu”. Fasilitator dari PMC dan PMI yang sangat santai tetapi ada isi yang ingin disampaikan menjadikan setiap slot sangat menarik. “ ada satu check point yang sangat menyentap iaitu yang menyedarkan tentang tujuan hidup dan pengertian untuk bersyukur dengan nikmat iman dan islam.” “ check point ambil kacang atas pokok paling best dan saya dapat pelajari tentang bagaimana menjaga ikhtilat ( hubungan).” Begitulah antara respon peserta.

Slot muhasabah pagi antara yang menyentuh hati ramai peserta. Lelaki disuruh turun ke dalam sungai yang ada air mata air dan disuruh sujud ke tanah. Begitu juga dengan peserta perempuan dan mereka disuruh berzikir dan mengingati Allah. Ramai peserta yang menangis dan bagi mereka itu adalah pengalaman baru.

Pagi Ahad diteruskan dengan explorace di dalam hutan bukit yang meletakkan beberapa check point yang membincangkan tentang kepentingan dan cabaran berdakwah. “ check point yang paling best adalah check point yang mana fasilitator berlakon melakukan kemungkaran seperti couple, tidak solat dan tidak tutup aurat. Pehh, saya yang tidak pernah berdakwah, kene belajar berdakwah dan sangat susahla nak cegah kemungkaran walaupun hanya lakonan,” begitulah respon peserta.

Secara keseluruhan semua peserta dan AJK sangat bergembira walaupun fasilitator PMC tahun 2 keesokkanya akan menghadapi ujian dan mereka sangat sporting dan bersemangat. Tahniah kepada semua. Kem berakhir dengan bacaan doa wehdah yang dilaungkan penuh semangat.

“terbaik dari ladang.” “ kem yang terhebat dan terbaik yang pernah saya join”. “tahun depan buat lagi ye”. Begitulah respon peserta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: