Mencegah lebih baik dari merawat: sentimen antara exco

Serdang, 3 Disember – Presiden PMIUPM, saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh menegaskan bahawa pada sessi kepimpinan beliau kali ini sangat menolak jika dalam PMIUPM sendiri mengamalkan konsep sentimen yang kuat antara exco PMIUPM dengan kata lain assobiah.

Sebagai ahli gerakan yang mengaku dirinya ditarbiah dengan memperjuangkan Islam di kampus, kita mesti dapat membezakan sama ada kita bekerja secara berpasukan ataupun secara berkumpulan. Sememangnya dalam sistem organisasi ataupun tanzim perlu ada pengkhususan kerja TETAPI bergerak kerja secara berpasukan, ujarnya lagi.

Seringkali kita terkeliru antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. Ada yang mengatakan; Kerja Berpasukan = Kerja Berkumpulan dan ada juga yang mengatakan Kerja Berpasukan bukan Kerja Berkumpulan.

Jawapannya belum tentu. Kerja Berpasukan dan Kerja Berkumpulan mempunyai beberapa perbezaan. Kadangkala sesebuah kumpulan boleh menjadi sebuah pasukan dan begitulah sebaliknya. Bagi menjelaskan penerangan ini, apakata anda meneliti fakta-fakta di bawah;

KERJA BERPASUKAN menumpu pada matlamat sedangkan KERJA BERKUMPULAN menumpu pada kerja masing-masing (tetapi dilakukan secara beramai-ramai)

KERJA BERPASUKAN menekankan perkongsian matlamat dan tugas serta menyumbang kepada keseluruhan projek sedangkan KERJA BERKUMPULAN menekankan setiap ahli mesti mempunyai tugasan yang perlu disiapkan.

KERJA BERPASUKAN menerima ahli berbeza sebagai sebahagian daripada kita sedangkan KERJA BERKUMPULAN menganggap orang yang berbeza sebagai bukan daripada kita.

KERJA BERPASUKAN memfokus kepada menjayakan tugas bersama, koordinasi kerja dan menyumbang kemahiran tersendiri sedangkan KERJA BERKUMPULAN hanya fokus kepada kerja masing-masing dan portfolio sendiri-sendiri.

KERJA BERPASUKAN mempunyai ahli yang saling memerlukan antara satu sama lain sedangkan KERJA BERKUMPULAN mementingkan masing-masing menyiapkan tugas.

KERJA BERPASUKAN tidak hirau jurang status dan tidak mempunyai hierarki yang komplek sedangkan KERJA BERKUMPULAN mempunyai pelbagai hierarki dan birokrasi bagi mengawal kerja.

KERJA BERPASUKAN adalah komunikasi terbuka dan telus sedangkan KERJA BERKUMPULAN lebih bersifat keluar arahan dan ikut!

KERJA BERPASUKAN ialah merancang bersama sedangkan KERJA BERKUMPULAN ialah menunggu arahan dan tugas yang diberikan.

Saya mengharapkan supaya ahli PIUPM memahami konsep antara bekerja secara berpasukan dan bekerja secara berkumpulan supaya gerak kerja dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam mempromosikan agenda dakwah di kampus ”, katanya lagi.

Justeru, PMIUPM perlulah mengamalkan konsep gerak kerja secara berpasukan bagi mengelakkan sentimen antara exco berlaku seperti yang berlaku dalam organisasi-organisasi lain.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia 10/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: