Nikmat,makanan dan ekonomi Islam..

Alhamdulillah kita masih lagi diberikan runag yang cukup berharga untuk bernafas dan meneruskan perjuangan hidup di muka bumi Allah ini. Teringin sekali saya berkongsi sedikit mengenai isi kandungan khutbah jumaat yang disampaikan oleh seorang ustaz di masjid MARDI ataupun lebih dikenali sebagai masjid HIJAU dengan penyampaian loghat Negeri Sembilan.

Nyawa yang masih tinggal ini perlulah digunakan sebaik-baiknya dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Manusia dilantik sebagai khalifah bagi mengurus tadbir alam ini.maka tidaklah Allah menciptakan manusia itu hanya sia-sia belaka.

Memetik ayat alquran dari surah ad-dzariyat:56 “tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada Ku “..Membuktikan adanya tujuan manusia diciptakan. Manusia adalah makhluk yang paling beruntung kerana terlalu banyak nikmat dan kurniaan Allah yang manusia dapat melebihi makhluk ciptaan Allah yang lain. Kita boleh ambil contoh seperti anusia dikurniakan ‘aqal untuk berfikir secara waras manakala haiwan tidak dikurniakan ‘aqal sepertimana yang dikurniakan kepada manusia.

Nikmat yang terbesar yang dikurniakan oleh Allah adalah nikmat IMAN dan ISLAM. Sememangnya nikmat iman dan Islam tidak akan dapat dikutip ditepi jalanraya ataupun dijual di kedai-kedai. hanya ornag yang tertentu sahaja ALLAH akan kurniakan. Kadang-kadang Iman seseorang boleh lebih hebat daripada malaikat dan boleh juga lebih teruk daripada binatang.

Untuk penjagaan Iman yang sempurna, salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berasa sangat bersyukur kerana tidak menghadapi krisis makanan tidak seperti negara-negara lain iaitu Afrika yang rakyatnya terpaksa menghadapi tahap kebuluran yang tinggi sehingga berlakunya kematian. Dan ada juga yang mati kerana kekenyangan. Di dalam ayat al-quran juga ada menerangkan bahawa ‘nikmat Allah kepada manusia sangat banyak dan tidak akan terbilang‘..

Umat Islam pada hari ini pula semakin terdedah dengan makanan yang syubhah dan haram. Sehinggakan logo halal dari JAKIM itu sendiri juga masih dipertikaikan ke’halal’annya. Makanan yang haram yang dimakan oleh manusia akan menyebabkan doa seseorang tidak dimakbulkan.

Bertepatan dengan hadith Rasulullah “Seorang lelaki yang dalam perjalanan yang jauh,kusut masai rambutnya dan ber debu mukanya, menghulur kedua tangan ke langit [berdoa]. Wahai Tuhanku!, Wahai Tuhan ku! Pada hal makanan nya haram, minuman nya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram, makan bagaimana kah diperkenankan doanya? “..

Dalam hadith yang lain juga ada menerangkan bahawa api neraka disediakan bagi oarng yang makan makanan yang haram iaituRasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”. (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Zaman kini sangat susah dalam mencari makanan yang pasti halal. Oleh itu kita perlu meninjau kembali bagaimana ekonomi umat Islam pada hari ini. Pada hari ini, ekonomi Islam adalah sangat merundum dan ekonomi orang bukan Islam terutamanya orang cina berjaya menguasai Malaysia. Umat Islam perlu cakna dengan isu ekonomi Islam bagi mempertingkatkan kualiti makanan yang halal kerana makanan yang haram banyak juga memberi kesan yang negatif.

Dalam satu riwayat ada menyebut seorang anak murid Al-Imamullizi bertanya kepadanya, “Mengapa pada hari ini sangat susah baiku untuk menghafal ayat al-Quran?” dan gurunya menjawab, “Janganlah kau melakukan maksiat“..sedangkan dia tidak melakukan maksiat pada hari itu. Rupa-rupanya, kambing yang dimakan pada hari itu telah meragut rumput dipadang orang lain.

Begitu teruk kesannya kepada pemakanan yang haram. Oleh itu, keperluan umat Islam adalah memikirkan bagaimana hendak menjana ekonomi umat Islam bagi penyediaan makanan yang halal lagi suci kepada umat Islam..

Nukilan,

Muhammad Hazim bin Mohd Noh

1 Comment

  1. Assalamualaikum…

    ya, mencari yang halal itu adalah wajib.. dan terliur tengok mee goreng tu di kala perut tengah lapar ni..huhu.. teruskan menulis ya…

    maalsalamah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: