1432 H:Hijrah Dan Mahasiswa

Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan dengan menyerahkan diri bulat-bulat kepada Allah. Akhirnya Allah mempertemukan kita sekali lagi pada awal Muharram iaitu tahun baru bagi umat Islam mengikut kalendar Islam (kalendar Hijrah). Kebiasaannya, pada awal Muharrram, umat Islam akan mula berazam dengan azam yang baru.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Hijrah Yang Pertama

Mari kita sama-sama meninjau pada saat nabi berhijrah buat kali pertama. Penderitaan yang dialami oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda semakin teruk. Orang kafir Quraisy juga semakin zalim bertindak ke atas mereka. Baginda saw tidak sanggup melihat sahabat-sahabat terus derita melalui detik-detik sukar tersebut.

Akhirnya Rasulullah saw mencadangkan agar mereka berhijrah ke Habsyah kerana rajanya pada ketika itu adil. Para sahabat Rasulullah saw bersetuju dengan cadangan demikian. Mereka berhijrah beramai-ramai ke sana untuk mendapatkan suaka politik.

Di antara sahabat yang turut serta dalam hijrah yang pertama ini ialah Uthman bin ‘Affan dan isterinya Ruqaiyah puteri Rasulullah Sollallahhu’alaihiwasallam, Zubair al-Awwam, Mus’ab bin Umair, dan Abdul Rahman bin Auf. Jumlah mereka keseluruhannya seramai 80 orang.

Kaum kafir Quraisy telah mendapat berita tersebut lantas mengutuskan Abdullah bin Rabi’ah dan Amru bin al-‘As (ketika belum Islam) untuk memujuk Raja Najasyi menghalau orang-orang Islam yang telah berhijrah ke Habsyah tetapi usaha tersebut gagal.

Jaafar bin Abu Talib menjadi jurucakap orang-orang Islam ketika itu. Hujah-hujah Jaafar melalui ayat-ayat Allah Ta’ala dan ajaran-ajaran Rasulullah saw telah menyebabkan usaha kafir Quraisy tersebut gagal.

Hijrah ke Madinah

 

Hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir tetapi adalah untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33/Al-Fath: 28/As-Shaf: 9.

 

Dialah yang mengutus RasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, ke atas agama-agama yang lainnya.

 

Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hijjaz (622-632 M.) semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam memasuki Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Umaiyah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.

 

Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justeru wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.

 

Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurgaNya.

 

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga. (Q.s. At-Taubah: 111)

 

Ibrah Untuk Mahasiswa

 

Rentetan daripada peristiwa hijrah ini, kita sebagai seorang mahasiswa perlu sedar yang pada ketika ini Islam telah kehilangan generasi mahasiswa yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Uthmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negara Islam berterusan mengalami musibah. Lihatlah bagaimana krisis Palestin, Bosnia, Filipina, Kosovo, Indonesia dan Iraq.

 

Islam ketika ini memerlukan mahasiswa yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan sahabat-sahabat mahasiswa sekalian.

 

Kesedaran yang amat tinggi diperlukan kepada mahasiswa untuk menegakkan kalimah Allah di bumi UPM bersama agenda dakwah yang dirancang rapi. Akhir kata, saya mewakili sahabat pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan selamat menyambut Ma’al Hijrah kepada seluruh warga kampus UPM. Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari redha Allah dan syurgaNya. Wallahu alam.

 

Muhammad Hazim bin Mohd Noh

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia 10/11

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: