Bergeraklah di Posisi Masing-masing

Sudah pasti sesebuah persatuan, gerakan Islam ataupun badan-badan berorganisasi mempunyai matlamat yang hendak dicapai melalui gerak kerja yang diputuskan secara bersama. Di dalam buku yang ditulis oleh Ustaz Fathi Yakan yang bertajuk menceritakan gambaran yang perlu ada dalam sesebuah gerakan Islam bagi mencapai matlamat yang diputuskan secara bersama.

Ustaz Fathi Yakan menggariskan kriteria yang perlu ada dalam sesebuah gerakan Islam adalah:

  1. Tanzim yang munazamah (sistematik)
  2. Kesepaduan
  3. Keseimbangan
  4. Kesatuan
  5. Tarbiah jihadiah
  6. Tarbiah amniah
  7. ‘Alamiah (universal)
  8. Berprinsip dan beperingkat-peringkat

Saya ingin berkongsi dengan semua tentang perkara yang kedua, ketiga, dan keempat sahaja pada kali ini. Disebabkan sesebuah tanzim haraki (organisasi gerakan Islam) mempunyai pelbagai lajnah, exco serta badan, gerakan Islam perlu mengetahui fungsi mereka dalam ‘amal Islami. ‘Amal Islami pula terbahagi kepada 3 iaitu ‘amal fardi (gerak kerja secara bersendirian), ‘amal jama’ie (gerak kerja secara berjemaah) dan ‘amal ijtima’ie (gerak kerja secara bersendirian).

Kesepaduan

Dari segi ‘amal jama’ie, setiap tanzim haraki (organisasi gerakan) akan terbahagi kepada beberapa lajnah ataupun exco bagi memudahkan ‘amal Islami. Kebanyakan lajnah-lajnah tersebut tidak bersifat syumul (menyeluruh). Makna kata boleh disifatkan setiap lajnah dalam tanzim haraki bergerak kerja secara nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Ini hanya akan mengurangkan ketumbukan pada musuh. Perlunya setiap lajnah itu bersatu dengan bersifat kesepaduan dalam menjalankan gerak kerja Islam.

Boleh diibaratkan seperti seorang manusia. ‘Akal dan otak bertindak sebagai pimpinan sesebuah tanzim dan anggota badan yang lain bertindak sebagai lajnah atau exco yang bergerak secara bersepadu mengikut arahan otak dan ‘akal. Jika bergerak secara bersepadu nescaya akan dapat memberi satu ketumbukan kepada musuh serta dapat mencapai matlamat sesebuah gerakan Islam.

Keseimbangan

Masalah juga sering berlaku dalam sesebuah tanzim  haraki. Ada lajnah ataupun exco yang bergerak secara naïf-nafsi sehingga tidak sekata. Ada yang terlalu terkehadapan dan ada yang terkebelakang. Perlunya diingatkan disini bahawa setiap lajnah atau exco bergerak secara sekata dan seimbang. Tiada exco yang laju ataupun lambat. Dengan keseimbangan yang jitu akan melahirkan sebuah tanzim yang terbaik.

Kesatuan

Di samping itu, kebanyakan tanzim haraki semakin banyak yang wujud selepas tumbangnya Khilafah Islamiyah pada tahun 1924 semasa diketuai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah. Antara gerakan Islam yang lahir adalah Gerakan Ikhwanul Muslimin, Jami’at Islami, Masyumi, PAS, Hamas, Hizbullah dan sebagainya. Semua gerakan Islam ini mempunyai satu matlamat yang sama iaitu Islam tetapi metodologi sahaja yang berbeza.

Oleh itu, untuk memenangkan Islam di sesebuah negara, perlu untuk mereka bersifat kesatuan bagi melahirkan satu pakatan yang kuat. Dalam erti kata yang lain, setiap gerakan Islam perlu bersatu bagi memenangkan Islam.

Justeru, bolehlah difahami bahawa perlunya setiap exco dan lajnah dari setiap gerakan Islam supaya faham dan bergerak di posisi masing-masing serta tahu fungsi dan peranan masing-masing dalam menjayakan matlamat sebuah gerakan Islam.

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia 10/11



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: