Tidak Sanggup Di Tarbiyah??

PMIUPM tidak memerlukan pimpinan yang tidak sanggup dan tidak mahu ditarbiyah. Ini kerana sebagai pimpinan akan sentiasa menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi yang kadang-kadang amat menyukarkan diri individu itu sendiri sehingga menyebabkan seseorang itu futur (putus asa) dari Harakah Islamiyyah (Gerakan Islamiyyah).

Jangan kita hanya menjadi pimpinan yang hanya mahu mentarbiyyah orang sahaja terutamanya masyarakat kampus hijau Universiti Putra Malaysia (UPM) ini tetapi apabila diri kita mahu ditarbiyyah, kita tidak bersedia dan tidak mahu. Mereka yang culas dalam urusan tarbiyyah ini akan menyebabkan masyarakat terabai.

Suka saya menulis dengan mengaitkan sesuatu peristiwa dengan merujuk kepada sirah nabi Muhammad saw supaya masyarakat faham untuk beramal. Tarbiyah ini akan datang dari pelbagai bentuk dan antaranya ialah tarbiyah dari Allah dan tarbiyah dari musuh.

Tarbiyah Dari Allah

Nabi Muhammad saw telah berkhalwat (mengasingkan diri untuk ber’ibadat kepada Allah) di gua Hira’ kerana memikirkan masalah masyarakat arab jahiliah pada ketika itu yang semakin teruk. Dan pada ketika ini umur baginda 40 tahun dan kebiasaannya pada tahap ini telah mencecah umur yang matang. Dan ketika inilah nabi dipeluk oleh satu lembaga hitam iaitu malaikat jibril as yang menyuruh baginda baca iaitu penurunan wahyu yang pertama iaitu surah al-‘alaq: 1-5.

Setelah itu, baginda tertunggu-tunggu penurunan wahyu yang seterusnya daripada Allah tetapi tidak turun juga. Sehingga baginda diejek dan dihina oleh masyarakat arab jahiliah pada ketika itu. Masyarakat arab jahiliah mengatakan bahawa Allah tidak menyayangi baginda dan telah melupakan baginda. Biasalah jiwa seorang manusia yang akan bersedih jika menghadapi masalah. Seterusnya Allah menurunkan surah al-muddasir dan surah al muzammil bagi melayani jiwa nabi yang bersedih. Kedua-dua surah ini menunjukkan betapa kuatnya persiapan tarbiyah yang Allah bagi.

Begitu juga perlu diaplikasikan pada pimpinan bahawa perlunya tarbiyah bagi menguatkan diri kita menghadapi mehnah dan tribulasi yang akan menghujani setiap masa. Tarbiyah dari Allah lah yang merupakan tarbiyah yang terhebat yang dapat membentuk jiwa pimpinan. Penurunan surah al-muddasir serta surah al-muzammil menunjukkan peri pentingnya tarbiyyah yang Allah beri dengan menyuruh melakukan qiamullail.

Tarbiyah Dari Musuh

Setelah berlakunya fathul makkah (pembukaan kota Makkah), sangat ramai penduduk di kota Makkah yang memeluk Islam dengan keadaan sifat nabi yang pemaaf. Dan selang daripada kemenangan menawan kota Makkah, berlakunya perang hunain yang mana orang-orang yang baru sahaja memeluk Islam diletakkan sebagai pasukan dihadapan sekali. Dan orang yang masih lagi tidak cukup tarbiyah serta umat Islam pada ketika itu merasakan yang mereka akan menang dalam siri peperangan itu disebabkan jumlah mereka yang ramai.

Dan ketika inilah musuh mentarbiyah tentera Islam sehingga tentera Islam tidak mampu melawan tentera kafir dan berjaya mengkucar-kacirkan pasukan tentera Islam. Pasukan yang berada dihadapan sekali lari ke belakang kerana gerun dengan pihak musuh. Tetapi akhirnya berjaya dikawal dan memenangi peperangan tersebut.

Rentetan daripada peristiwa ini boleh diaplikasikan dengan perjalanan seluruh gerakan Islam di dunia. Pimpinan akan berasa aman dan selamat dengan kelemahan musuh sehingga culas dalam melaksanakan kerja Islam serta mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Untuk menyedarkan pimpinan, kadang-kadang Allah hantar musuh untuk mentarbiyah pimpinan yang lalai dan culas dalam menjalankan gerak kerja Islam.

Abu Nasih ‘Ulwan berkata, kekuatan tarbiyah ruhiyyah akan menyebabkan seseorang itu:

  1. Kakinya akan terasa lebih ringan untuk melaksanakan kerja Islam
  2. Kata-katanya akan lebih berpengaruh apabila bercakap untuk mengajak kepada Islam
  3. Tingkah lakunya akan menjadi ikutan dan tauladan
  4. Matanya akan lebih bersinar ketika berhadapan dengan orang ramai

Sebagai pimpinan juga perlu bersedia dari segi tarbiyyah dan perlu sentiasa upgrade dan update segala:

  1. Ilmu
  2. Kemahiran
  3. Maklumat

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa pimpinan tidak boleh berpisah dengan tarbiyyah dan perlulah diingatkan pada semua pimpinan gerakan Islam bahawa qiamullail merupakan tarbiyyah yang paling penting dan tunjang tarbiyyah yang dapat merapatkan diri seseorang kepada Allah dan akan tabah dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang berterusan.

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia 10/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: