Kepimpinan Nabi Sulaiman A.S

Kepimpinan Nabi Sulaiman AS

Al-Quran merupakan panduan hidup manusia yang mengcakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Tidak dinafikan ia turut dijadikan panduan oleh masyarakat Barat terutama berkenaan ilmu sains. Di dalam hidup bermasyarakat,pemimpin memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang.Oleh itu,Al-Quran hadir denga membawa panduan kepada umatnya dalam membentuk peribadi seorang pemimpin.Ciri-ciri kepimpinan ini dapat kita lihat daripada peribadi Nabi Sulaiman sebagai pemerintah di zamannya.Kisah tersebut di rakamkan di dalam surah An-Naml.

Allah SWT berflrman:

burung hud-hud (gambar hiasan)

“Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya dari jin ,manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib “ surah An-Naml : 17

Ayat ini menggambarkan kehebatan kepimpinan Nabi Sulaiman sehingga dapat membentuk masyarakat yang mempunyai disiplin yang tinggi.Mari kita lihat bagaimanakah sifat kepimpinan yang di miliki oleh Nabi Sulaiman bilamana berhadapan dengan tenteranya sehingga mereka menjadi pengikut yang patuh pada pemimpin.

Firman Allah dalam ayat seterusnya bakal menjawab persoalan ini melalui suatu peristiwa yang melibatkan seekor burung hud-hud yang juga merupakan anggota tenteranya:

“Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata “mengapa aku tidak melihat Hud-hud apakah dia termasuk yang tidak hadir” surah An-Naml :20.

Di sini dapat kita lihat,sifat Nabi Sulaiman yang peka dan mengenali seluruh tenteranya dengan baik., walaupun burung hud-hud hanyalah seekor burung yang kecil,tetapi Nabi Sulaiman masih tetap peka dengan ketidakwujudan hud-hud.

Dalam ayat seterusnya menceritakan bahawa Nabi Sulaiman akan menghukum Hud-hud sekiranya tidak  dapat memberikan alasan yang kukuh apabila hadir kelak. Kata-kata tersebut mencerminkan ketegasan seorang pemimpin apabila berhadapan tentera yang tidak berdisiplin.

Firman Allah:surah An-Naml :21

“Pasti akan ku hukum ia dengan hukuman yang berat atau ku sembelih ia ,kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas”

Kemudian, hud-hud datang dengan membawa berita tentang terdapatnya segolongan masyarakat yang tidak beriman kepada Allah.Keadaan ini membuktikan nabi Sulaiman Berjaya membentuk tentera yang berdisiplin kerana hud-hud sendiri lewat hadir atas urusan agama.Bagaimanapun, Nabi Sulaiman tidak terus menerima maklumat tersebut.Malahan, baginda menyiasat kesahihan maklumat tersebut sebelum mengambil sebarang keputusan.Namun, baginda telah mendapatkan maklumat dengan menggunakan strategi yang baik.Kata-kata baginda dirakamkan Allah pada ayat ke 27 dan 28.

Dia Sulaiman berkata,”akan kami lihat ,apa kamu benar atau termasuk antara yang berdusta.

“Pergilah dengan (membawa) suratku ini , lalu jatuhkanlah kepada mereka ,kemudian berpalinglah dari mereka ,lalu perhatikan apa yang mereka bicarakan.”

Setelah diamati, jelaslah bahawa, tidak disangkal lagi, inilah kunci kepada kejayaan Nabi Sulaiman dalam pentadbirannya.Lantaran itu, sebagai rakyat,seharusnya, kita wajar untuk memilih pemimpin yanh memiliki ciri-ciri yang telah dibawa oleh Nabi Sulaiman.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: