PMIUPM: Suruhanjaya (SPR) Mahasiswa??

Serdang, 13 Januari – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) menegaskan bahawa tanggungjawab dan peranan sebagai seorang mahasiswa bukan hanya setakat mendapatkan pointer serta berjaya dalam bidang yang diceburi tetapi perlu kepada kepekaan kepada isu semasa.

Semalam, Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) menyaksikan penyerahan memorandum kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan untuk menuntut supaya pentadbiran universiti memberi peluang kepada mahasiswa untuk menguruskan sendiri pilihan raya kampus.

penyerahan memorandum pilihanraya kampus (PRK) - Pro-M UPM

Memorandum berkenaan juga menggesa supaya mahasiswa dibenarkan menjalankan pilihan raya berkenaan bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi.

Presiden PMIUPM, Muhammad Hazim bin Mohd Noh berkata, PMIUPM memandang tindakan Pro-M UPM semalam sebagai satu langkah dan usaha ke arah mendidik mahasiswa yang berkepimpinan serta bakal peneraju pembangunan negara suatu hari nanti.

Kita boleh mengimbau kembali dengan membuka lembaran sejarah tahun 70-an dahulu bagaimana pilihanraya kampus (PRK) diurus dan dikendalikan oleh mahasiswa-mahasiswa dengan adil untuk pemilihan calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan mendapat satu keputusan yang telus tanpa campurtangan dari mana-mana pihak“, katanya.

Menurutnya lagi, mahasiswa perlu berani dalam memecahkan status quo setelah sekian lama tidak membuat perubahan.

Apa-apa sahaja yang dilakukan perlulah berdasarkan Islam. Menyingkap kembali sirah nabi saw, sudah menjadi tradisi zaman arab jahiliyyah pada ketika itu menyembah berhala dan nabi Muhammad saw diutuskan untuk memecahkan ‘status quo’ itu bagi menukar tradisi tersebut ke arah menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa.

Mahasiswa telah diberi akal untuk berfikir baik dan buruk yang mana tidak seperti haiwan yang hanya dibekalkan dengan otak dan ini menunjukkan keperluan mahasiswa untuk berfikir menggunakan akal yang telah dikurniakan dengan sebaiknya bertepatan dengan ayat al-quran dalam surah al-mulk: 23

“Katakanlah: Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu (untuk berfikir). Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur”

Sejarah Islam membuktikan bahawa nabi berpolitik dalam usaha baginda untuk membina sebuah negara dan kerajaan Islam. Permulaannya nabi menghantar surat diplomasi kepada beberapa buah negara dengan menyuarakan tuntutan samaada mahu masuk Islam ataupun berdamai dengan membayar cukai jizyah ataupun berperang.

Jika dilihat dalam konteks hari ini sama seperti orang menghantar memorandum. Ini menunjukkan mahasiswa perlu tahu kaitan sirah dalam melakukan apa-apa tindakan supaya tindakan itu berasas”

“PMIUPM mengharapkan mahasiswa cakna dengan isu semasa dalam membentuk nilai PRK itu sendiri “, kata setiausaha Agong PMIUPM, Mohamad Hairunamri Meskam ketika ditemuramah.

PMIUPM megharapkan supaya PRK pada kali ini akan berjalan dengan lancar serta berlaku dalam keadaan yang telus dan adil supaya kepimpinan Islam dapat dinikmati oleh semua mahasiswa UPM.

 

 

K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: