RAMAH MESRA PMIUPM BERSAMA NAIB CANSELOR UPM YANG BARU

SERDANG, 7 Januari – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah menghantar beberapa orang  wakil untuk berjumpa dengan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang baru, Dato Dr Ir Radin Umar b Radin Sohadi bagi mengenali beliau dengan lebih rapat di samping mengalu-alukan kedatangan beliau ke UPM.Dalam perjumpaan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan bersama beliau.

Naib Canselor UPM, Dato Dr Ir Radin Umar b Radin Sohadi ketika ditemui berkata pihaknya menyatakan bahawa bermula 1 Januari 2011, Universiti  Putra Malaysia mula menggunakan perlembagaan baru, iaitu membenarkan semua persatuan untuk mengadakan apa-apa sahaja aktiviti tetapi aktiviti yang menyentuh isu perkauman, agama Islam dan politik kepartian adalah dilarang sama sekali. Di sini, pihak PMIUPM mendapati semua persatuan yang berdaftar bebas untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan baru yang telah dikuatkuasakan awal Januari tahun ini.

Selain itu, pihak PMIUPM mendapati terdapat beberapa perkara penting yang dinyatakan oleh Naib Canselor baru ini. Antaranya ialah, mahasiswa mempunyai kebebasan dalam melakukan apa sahaja yang yang telah dirancang dan direncanakan tanpa rasa terikat. Cuma, andai perkara tersebut salah dan menyinggung mana-mana pihak, mahasiswa hanya perlu untuk meminta maaf kepada pihak yang terlibat.

Menurut beliau lagi, mahasiswa seharusnya melaksanakan sesuatu yang boleh mencabar status quo yang sedia ada. Maksud beliau di sini, seorang mahasiswa boleh melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan, bukan hanya mengikut apa yang ada tanpa berfikir luar daripada kotak. Sedangkan mahasiswa mempunyai keupayaan itu. Keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan kritis. “Saya tidak suka mahasiswa yang hanya menjadi pak turut seperti lembu yang dicucuk hidung” katanya lagi.

Presiden PMIUPM, Sdr Muhammad Hazim bin Mohd Noh berkata selepas menemui Naib Canselor UPMn seharusnya mahasiswa menyahut seruan Naib Canselor ini dengan melaksanakan sesuatu yang baru serta melakukan anjakan paradigma bagi melahirkan mahasiswa yang berfikiran terbuka dan matang di samping melatih mahasiswa untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

“PMIUPM mempunyai pendirian dalam membawa hala tuju persatuan ini seiring dengan saranan yang diutarakan oleh Naib Canselor UPM bagi memenuhi 7 kemahiran insaniah ” ujarnya lagi.

PMIUPM juga mengharapkan semoga hubungan baik antara PMIUPM serta pihak Naib Canselor dan pentadbiran universiti akan berterusan.

 

1 Comment

  1. AJ

    Salam…thniah buat wakil PMIUPM dan saf pimpinan baru… smoga apa yg dirancang & direncanakan akan dilaksanakan…iAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: