Kunjungan ke Pesta Ponggal Persatuan Hindu UPM (PHUPM)

SERDANG, 16 JANUARI : Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh bersama Timbalannya, saudara Mohd Syakirin bin Md Zahar telah mengadakan kunjungan bersama ke Pesta Ponggal yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Hindu Universiti Putra Malaysia (PHUPM) bertempat di Bukit Ekspo UPM.

Atas dasar perpaduan, pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam mengambil inisiatif untuk turun ke program tersebut sambil memenuhi jemputan undangan PHUPM kepada PMIUPM. Kunjungan pimpinan PMIUPM ke Pesta Ponggal tersebut adalah kunjungan pertama yang diadakan bagi merapatkan lagi jurang antara kaum dan memperkasakan agenda perpaduan pimpinan baru PMIUPM dan PHUPM.

Barisan pimpinan PMIUPM yang hadir disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah program, Saudara Munieleswar dan Presiden Mahasiswa Hindu, Saudara Selvakumar. Rombongan telah diberikan sedikit penerangan mengenai Pesta Ponggal dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekitar tapak ekspo.

Dalam lawatan tersebut, Presiden Persatuan Mahasiswa Hindu, Selvakumar turut mempelawa presiden dan timbalan presiden PMIUPM untuk melihat dan mengunjungi khemah-khemah peserta. Ketika lawatan tersebut, peserta sedang sibuk memasak Nasi Ponggal.

Presiden PMIUPM, Muhammad Hazim bin Mohd Noh berkata pihaknya akan sentiasa memastikan hubungan antara PMIUPM dan PHUPM sentiasa terjalin bagi merapatkan hubungan silaturrahim.

“Kami akan menjemput PHUPM ke program kami (PMIUPM) pula selepas ini yang akan berlangsung dalam masa yang terdekati”, ujarnya lagi selepas melawat ke khemah peserta yang sedang memasak Nasi Ponggal

kenangan bersama pimpinan PMIUPM dan PHUPM

Selepas sejam lebih lawatan dibuat, pimpinan PMIUPM bersama pimpinan PHUPM bergambar sebagai gambar kenang-kenangan kunjungan mesra yang sangat bermakna dari pimpinan-pimpinan mahasiswa tersebut.

“Terima Kasih kepada pimpinan PMIUPM kerana sudi datang ke program kami.” Itulah luahan secara spontan dari Pengarah Program, Saudara Munieleswar apabila rombongan bersalaman untuk balik.

“Kerjasama antara persatuan agama diharap dapat diteruskan agar perpaduan lebih utuh pada masa akan datang. Ini kerana perpaduan di kalangan mahasiswa hari ini amat penting kerana ia menjadi penentu kejayaan masa depan Malaysia”.

“Perpaduan perlu direalisasikan dalam kerangka minda kita sendiri dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya”, ujar Timbalan Presiden PMIUPM, Mohd Syakirin Md Zahar sejurus selepas tamat lawatan dan kunjungan mesra pimpinan PMIUPM ke Pesta Ponggal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: