PMIUPM difitnah!! : Setiausaha Agong PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

 

S/U Agong PMIUPM

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Sangat mengejutkan pihak kami (PMIUPM), fasa pilihanraya kampus (PRK) telah membuktikan beberapa pihak-pihak yang tertentu telah cuba memfitnah serta memburukkan imej Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dengan penampalan poster-poster fitnah.

Kenyataan saya ini tidak bermaksud untuk mengulas apa yang berlaku tetapi sebarang pertanyaan mengenai penggunaan duit zakat boleh bertanya kepada Pusat Zakat UPM yang dikelolakan oleh Ustaz Nuruliman yang selama ini saya kira beliau tahu keluaran masuk duit zakat.

Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.

-Al-Hujurat: 6-

Apa yang paling penting yang hendak saya cuba sampaikan adalah mengenai sirah nabi yang pada permulaannya kita tahu baginda digelar Al-Amin oleh kaum Musyrikin Mekah pada ketika itu yang terkenal dengan sifat yang jujur.

Semua masyarakat yang mengenali nabi Muhammad sangat percaya kepada baginda tetapi selepas baginda mendapat wahyu serta perintah untuk menyampaikan message dari Allah supaya beriman kepada Allah dan Rasul, secaraautomatic mereka menentang baginda sedangkan pada yang dahulunya baginda sangat dihormati.

Ini dapat disimpulkan bahawa mana-mana kelompok yang membawa ‘aqidah Islam yang sebenar, kelompok ini akan ditentang secara habis-habisan dan kelompok ini juga akan dikepong, dibunuh, difitnah serta di usir.

Di zaman millennium ini pula boleh dilihat betapa banyaknya jemaah dan gerakan Islam yang muncul tetapi hanya segelintir yang dikecam dan di ‘gam’ pergerakan mereka supaya mereka tidak berjaya menyampaikan ‘aqidah Islam yang sebenar kepada masyarakat umum. Sebagai contoh kita boleh melihat bagaimana Ikhwanul Muslimin Mesir di kecam kerana menyampaikan ‘aqidah Islam yang sebenar dan menyatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim.

Konsep yang sama juga boleh dilihat di negara kita sendiri serta yang paling terdekat adalah di dalam kampus UPM dengan beberapa kelompok yang disekat pergerakannya dengan alasan kelompok ini memberi ancaman kepada pihak-pihak tertentu.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh masyarakat kampus bagi menggabungkan diri bersama platform kami (PMIUPM) untuk meng’izzahkan Islam di kampus seterusnya membantu kami menggerakkan dakwah di UPM bagi memberi satu ketumbukan untuk memenangkan Islam.

Takbir!!!

 

“DA’IE MUTARBBI MEMIMPIN UMMAH”


Mohamad Hairunamri bin Meskam

Setiausaha Agong,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: