Amanat PRK: Presiden PMIUPM

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Bahang pilihanraya kampus semakin terasa dan mencengkam jiwa setiap mahasiswa yang cakna dengan isu semasa. Setiap jentera sedang memperkuatkan dengan pertahanan yang sangat mantap untuk menghadapi pihak lawan.

Semangat jihad bagi menegakkan Islam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) ini memanggil saya untuk menyampaikan amanat yang sangat penting kepada Jentera Bersekutu di bawah Pakatan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (JBP Pro-M UPM)  sepertimana pesanan Sayidina Umar al-khattab kepada ketua tentera Muslimin, Sa’ad bin Abi Waqqas ketika beliau mengutusnya untuk pembukaan kota Parsi.

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang hanya berhak disembah di seluruh alam semesta..

Sesungguhnya saya memerintahkan kepadamu wahai Jentera Bersekutu dibawah Pakatan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (JBP Pro-M UPM) dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah s.w.t adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.

Saya memerintahkan kepada JBP Pro-M UPM dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesunguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh JBP Pro-M UPM lebih saya takuti daripada musuh-musuh kamu.

Sesungguhnya JBP Pro-M UPM telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi Pro-M UPM kekuatan.

Bilangan jentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka!

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka.

Ketahuilah!

Bahawasanya bersama-sama dalam perjalanan kamu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah s.w.t untuk menjaga kamu. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan. Janganlah kamu berkata, “Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan.”

Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang kafir Majusi (penyembah api).

Mohonlah daripada Allah Taala kemenangan ke atas nafsu-nafsu kamu, seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuh kamu. Saya memohon perkara yang sama ke atas diri saya dan JBP Pro-M UPM.

Akhir kata, semoga Allah memberi kemenangan kepada Pro-M UPM dan laksanakanlah Islam dengan sebaiknya di mana jua sama ada menang ataupun syahid…

Takbirrrr!!!!

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)


 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: