Terima Kasih Mahasiswa 2012: PMIUPM

Forum 2012

SERDANG, 27 JANUARI – Pihak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ke forum “2012: Destruction Of The World” yang berlangsung malam tadi (rabu) seterusnya menjayakan program ilmiah ini.

PMIUPM memohon maaf di atas segala kekurangan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas program. InsyaAllah segala kekurangan yang berlaku dalam program anjuran PMIUPM akan diperbaiki lagi selepas ini kerana ini merupakan program pertama PMIUPM selepas kepimpinan baru dillantik.

Timbalan Presiden PMIUPM, Mohd Syakirin bin Mohd Zahar berkata pihaknya sangat berbesar hati menerima kunjungan mahasiswa dan mahasiswi ke forum ilmiah anjuran PMIUPM pada malam tadi termasuklah muslim dan non-muslim.

“Terima kasih kepada Presiden Hindu Universiti Putra Malaysia (PHUPM), saudara Selvakumar kerana sudi hadir ke program kami (PMIUPM) bagi memeriahkan lagi forum ilmiah ini. Semoga hubungan baik antara PMIUPM dan PHUPM dapat dikekalkan seterusnya memberikan peng’izzahan Islam itu sendiri” ujarnya ketika ditemuramah selepas tamat forum.

Para mahasiswa UPM yang hadir ke forum malam tadi berasa sangat terisi dengan penyampaian ahli panel forum bersama moderator PMIUPM yang cukup memberansangkan.

Ini dapat dibuktikan lagi dengan kesediaan mahasiswa yang mengharapkan PMIUPM dapat menyambung program tersebut ke siri yang kedua dan program-program yang lebih menarik lagi.

Oleh itu, PMIUPM menerima pandangan mahasiswa untuk menambahbaik program ilmiah pada malam tadi dan insyaAllah akan mengadakan program yang lebih menarik lagi.

PMIUPM mengharapkan sokongan dari semua mahasiswa/mahasiswi yang mana dapat diberikan dengan sepenuhnya bagi membantu pihak PMIUPM untuk menganjurkan program yang hebat lagi selepas ini.

-media PMIUPM-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: