Kebangkitan Rakyat Mesir: Pengerusi Helwani PMIUPM

rusuhan Mesir

SERI KEMBANGAN, 31 JANUARI – Semenjak beberapa hari ini, dunia digemparkan dengan kebangkitan rakyat di beberapa buah Negara arab yang menentang kezaliman dan lebih sinonim dipanggil sebagai pemerintahan kuku besi.

Pengerusi Helwani Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), saudari Nur Syazwani Aziz berkata diperingkat helwani mewakili PMIUPM menyatakan sokongan penuh kepada demonstrasi kebangkitan rakyat Mesir yang mahu menggulingkan Presiden Mesir, Hosni Mubarrak yang dikatakan selama ini memerintah dan mentadbir Negara Mesir dengan pemerintahan kuku besi.

“Selama ini rakyat Mesir hanya melayan karenah pimpinan mereka itu sehinggakan pada hari ini barulah mereka sedar dan berani bangkit menentang pemimpin mereka yang kejam itu” ujar beliau ketika ditemuramah selepas penyerahan memorandum mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Tambahannya pula kebangkitan rakyat dalam menentang kezaliman pemerintah Mesir itu melibatkan pelbagai golongan usia rakyat. Yang paling mengagumkan apabila melihat golongan anak muda yang sangat berani menyatakan kebenaran dihadapan pemimpin yang zalim.

Kebenaran perlu ditegakkan walaupun dihadapan pemerintah yang zalim”.

Dari dahulu lagi kita boleh melihat bagaimana kekuatan anak muda yang menumbangkan kerajaan yang zalim. Sebagai contoh kita melihat ketika Ayatullah Khomeini yang dibuang Negara ke Perancis dan dia mengatakan:

Anak-anak yang berada dalam perut ibu-ibu yang mengandung ini yang akan bangkit menetang kamu (Amerika) pada masa 10 tahun akan datang

Akhirnya, selepas 10 tahun berlalu, anak muda telah bangkit menumbangkan kerajaan yang zalim ketika itu.

Apabiila meninjau kembali sirah, anak muda juga yang banyak menjadi panglima Islam serta penggerak-penggerak Islam seperti Saidina Ali yang menjadi pahlawan Islam yang digeruni musuh.

Kota Konstantinopel juga ditawan oleh orang muda yang berumur 22 tahun ketika itu iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sesungguhnya kebangkitan Islam itu semakin hampir dan seluruh dunia amat menantikan kebangkitan golongan anak muda dalam menawan dunia dengan kepimpinan Islam. Semoga Islam berjaya ditegakkan bersama golongan muda sebagai peneraju Islam.

-Exco Penerbitan PMIUPM-

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: