Dua Hari Ziarah Mangsa Banjir di Johor: PMIUPM

Presiden PMIUPM bersama ketua balai kg baru serta mangsa-mangsa banjir

KLUANG, 1 FEBRUARI – Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh bersama mantan Setiausaha Agong PMIUPM, saudara Mohd Ramzulnasri bin Kamarussaman serta beberapa orang wakil PMIUPM telah turun padang selama dua hari di beberapa kawasan banjir sekitar negeri Johor bagi menziarahi mangsa- mangsa banjir iaitu kawasan sekitar Kampung Tengah,Kluang dan Gombang,Muar.

Menurut salah seorang mangsa banjir Ahad Azizan, 76, sudah lebih 4 hari hujan gerimis tanpa henti bermula dari 29 Januari dan menyebabkan banjir di rumahnya sehingga paras lutut.

Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Agama Kampung Tengah adalah kawasan seperti Kg. Sembrong, Kg. Sembrong Lapis, Kg. Baru dan Kg. Tengah dan sudah selama 3 hari mereka berada di pusat banjir tersebut.

Dan selama 3 hari itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta JKK dan individu bertindak bagi menyediakan sumbangan

bersama kanak-kanak di pusat penempatan banjir

tertentu dari segi makanan, duit, pakaian dan sebagainya.

Ketua Balai Polis Kampung Baru, Tuan Hamdan Ahmad berkata di kawasan Kampung Tengah telah ditubuhkan Team Pemantauan Kecurian Barang bagi mencegah orang ramai mencuri barang-barang yang masih boleh digunakan.

Menurutnya lagi, hari ini merupakan malam ketiga bagi mangsa-mangsa banjir menetap di pusat pemusatan banjir dan mangsa-mangsa banjir dibawa ke pusat pemusatan banjir dengan menggunakan kereta pacuan empat roda dan trak askar.

“Ketiga-tiga tingkat bangunan Sekolah Agama Kampung Tengah ini sarat dipenuhi mangsa-mangsa banjir yang dianggarkan seramai 880 mangsa dan mangsa-mangsa banjir selepas ini boleh menyenaraikan barang-barang serta anggaran kerugian untuk sedikit gantian oleh pihak berwajib” ujar beliau ketika ditemubual oleh Presiden PMIUPM.

pendaftaran mangsa banjir

Seterusnya Penghulu kawasan Kampung Baru Merangkap Ketua Pemuda UMNO bahagian berkata ramai penduduk di sekitar yang masih mengamalkan konsep gotong-royong dengan memasak bersama-sama penduduk kampung bagi menyediakan makanan buat mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat pemusatan banjir di Kluang.

Bagi kawasan Gombang , Muar pula, Hamiza Mahpop, 25 berkata rumahnya masih lagi selamat tetapi di sekelilingnya banyak rumah yang sudah ditenggelami air dan jika air hujan masih tidak berhenti lagi, kemungkinan rumahnya juga akan mengalami nasib yang sama.

Akhirnya, setelah habis menziarahi mangsa-mangsa banjir selama dua hari dan di lokasi terakhir, Presiden PMIUPM menyatakan harapannya kepada mangsa-mangsa banjir tersebut semoga Allah memberikan yang terbaik serta memulihkan kembali bencana alam yang melanda di Johor.

-Exco Penerbitan PMIUPM-

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: