Ekonomi Mesir Semakin Meruncing: Exco Keusahawanan PMIUPM

KAHERAH, 3 FEBRUARI – Ketua Exco Keusahawanan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammad Zairul Rusydi Zamri menyatakan bahawa ekonomi Mesir akan terus bermasalah jika Presiden Mesir, Hosni Mubarrak tidak mahu berundur hasil desakan rakyat yang ditindas selama 30 tahun di bawah pemerintahannya.

Menurut beliau, masalah ini menyebabkan kesukaran rakyat Mesir termasuk serta rakyat dan pelajar Malaysia menghadapi krisis ekonomi Mesir.

“Tanpa berlakunya pemulihan, apa yang pasti harapan untuk menyaksikan pertumbuhan ekonomi di negara Arab yang teramai penduduknya telah pudar”, ujar beliau dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, banyak syarikat menggantung operasinya, pekerja telah bercuti, institusi perbankan ditutup dan ribuan pelancong telah terbang pulang ke negara mereka.

”Kita telah beberapa bulan mengalami ketidaktentuan,” kata Hirsch, seorang pakar ekonomi Asia Barat di London, berkata, sentimen semasa pelabur sekarang adalah tidak pasti sama ada Presiden Hosni Mubarak akan mampu bertahan.

Harapan kebanyakan penganalisis adalah kerajaan meningkatkan perbelanjaan bagi mengatasi kebimbangan kewangan yang menjadi pemangkin kepada demonstrasi.

Kami (PMIUPM) berdoa dan mengharapkan ekonomi Mesir kembali stabil dan pengurangan kadar inflasi semakin menurun setelah pihak pembangkang dan rakyat Mesir berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Hosni Mubarrak.

“Cuma perlu diingat bahawa apabila kerajaan baru yang akan naik akan mengambil masa yang agak panjang bagi memulihkan kembali krisis ekonomi Mesir yang melanda tika ini”, ujar beliau mengulas satu kenyataannya.

-Exco Penerbitan PMIUPM-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: