Mubarak Dijatuhkan Kuasa Rakyat, Tahniah Rakyat Mesir: PMIUPM

Presiden PMIUPM

SERDANG, 12 FEBRUARI– Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh menyatakan rasa bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

Ujar beliau, ribuan rakyat Mesir memenuhi Medan Tahrir dan  tidak  berganjak walaupun sedikit. Selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat semalam dengan 2 juta makmum dan satu imam, Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai. Inilah kekuatan bagi umat Islam apabila bersatu padu dalam membina saff perjuangan menggulingkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Rakyat Mesir adalah rakyat yang komited dengan keamanan. Inilah juga contoh yang ditunjukkan oleh demonstrasi aman jutaan penduduk Kaherah di Dataran Merdeka (Tahrir Square). Biar pun ada usaha provokasi yang dibuat oleh jet-jet yang terbang rendah di awal kebangkitan, orang-orang upahan yang menimbulkan kacau bilau sambil menunggang kuda dan unta, serta 1001 usaha yang dilakukan oleh Hosni Mubarak termasuk usahanya mewujudkan rasa tertekan tertinggi apabila membuat pengumuman pada 10 Februari 2011 bahawa beliau tidak akan berundur, rakyat Mesir bertegas dengan tuntutan yang satu, dan mereka menuntutnya dengan AMAN.

Hasil daripada kesabaran rakyat Mesir, tanggal bersejarah 11 Februari 2011, Omar Suleiman membuat pengumuman menerusi televisyen perletakan jawatan Presiden Republik Arab Mesir ketiga, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak selepas tiga dekad pemerintahannya dan Majlis Tertinggi Tentera mengambil alih pentadbiran negara. Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan ‘Allahu Akbar’ dan bersorak gembira. Inilah hasil daripada kesabaran dan kesepaduan 18 hari rakyat Mesir berhimpun di Dataran Merdeka Kaherah, tegas dengan satu tuntutan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Al ‘Imraan:26]

Menurut Presiden PMIUPM lagi, semoga detik yang penuh bersejarah ini maka tertebuslah segala kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa dan menjadi kunci sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin. Moga bermakna juga 12 Februari 2011 dalam mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Saban hari kita melihat pemimpin negara yg berkiblatkan amerika n sekutunya tumbang. Ingatlah janji Allah…

” Mereka hendak memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-NYA meskipun orang-orang kafir membencinya (Surah As-Soff:9)”

-Exco Penerbitan & Publisiti PMIUPM-

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: