SHAH ALAM, 13 FEBRUARI – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah berpeluang mengadakan lawatan  ke Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir. Dalam lawatan yang sama, PMIUPM dengan diketuai oleh presidennya, saudara Mohd Hazim Mohd Noh turut berpeluang mengadakan perjumpaan dengan barisan pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Ketibaan delegasi lawatan PMIUPM disambut sendiri oleh presiden PMRAM, saudara Shahrizan bin Mohd Hazime dan barisan pimpinan yang lain. Pihak PMIUPM telah dibawa melawat bilik gerakan operasi dan diberi penerangan ringkas tentang bilik gerakan tersebut. Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam sehari itu dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar Malaysia yang telah selamat tiba ke tanah air.

Kesatuan pimpinan PMIUPM & pimpinan PMRAM

Kelihatan juga data dan maklumat mengenai senarai pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir, jadual penerbangan yang membawa pelajar Malaysia pulang, dan beberapa maklumat lain mengenai pelajar Malaysia yang masih berada di sana. Selepas sesi lawatan, berlangsung pula sesi perjumpaan antara pihak PMIUPM dan PMRAM. Bermula dengan pengenalan dan latar belakang organisasi masing-masing dan seterusnya kepada perkongsian pendapat serta pengalaman antara PMIUPM dan PMRAM. Antara lain yang turut diselitkan di dalam sesi tersebut adalah mengenai pengurusan organisasi, perancangan masa hadapan, aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal dilaksanakan serta beberapa perkongsian lain.

Nama PMRAM tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Mesir, dan ia merupakan satu pertubuhan yang mewakili keseluruhan pelajar-pelajar Malaysia di bumi anbiya’ itu. Jika dilihat dari segi sejarah, pertubuhan yang telah menjangkau usia 80 tahun itu sangat berpengaruh dalam kalangan pelajar Malaysia di sana.

“Pihak PMIUPM sangat berbesar hati kerana PMRAM sudi menjemput dan menerima lawatan kami ini serta sudi berkongsi pengalaman dan memberi pendapat dalam perjumpaan ini. Semoga kita diberi ruang dan peluang pada masa akan datang oleh Allah SWT untuk mengadakan program seperti ini lagi. Kita berharap agar ukhuwah yang terjalin tidak terhenti setakat ini sahaja, insyaAllah.” kata saudara Mohd Hazim Mohd Noh pada akhir sesi tersebut.

Sesi yang berlangsung selama satu jam setengah itu antara lain turut berkisar mengenai perkongsian pengalaman pelajar-pelajar Malaysia di Mesir semasa berlakunya kebangkitan rakyat Mesir.

Lawatan ini sangat bermanfaat bilamana perkongsian berlaku dan apa yang dapat dicontohi dapat diimplementasi di tempat masing-masing. Semoga lebih banyak lagi lawatan seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan dalam usaha peng’izzah’an Islam di kampus Universiti Putra Malaysia tercinta ini. InsyaAllah.

-Exco Penerbitan & Publisiti PMIUPM-

1 Comment

  1. Khairunnisa

    Perkongsian yang menarik. Cadangan: buat juga pertemuan dengan pertubuhan-pertubuhan pelajar Islam lain di sekitar Malaysia. Contohnya Thailand, Indonesia dll.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: