PEKELILING RASMI BADAN PENGURUS PILIHANRAYA (BPR) PMIUPM

Dimaklumkan bahawasanya, semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) hendaklah turun mengundi dalam Pilihanraya Kampus (PRK) UPM yang jatuh pada tarikh 21 FEBRUARI 2011.

Badan Pilihanraya PMIUPM menetapkan bahawasanya ahli PMIUPM boleh mempromosikan calon PMIUPM yang bertanding dalm PRK UPM mengikut Peraturan-Peraturan Universiti Putra Malaysia (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2011) pada Bahagian IV Kempen Pemilihan,  Fasal 26 (Poster, Kain Rentang, dsb ) yang menyebut:

Tiada calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon boleh mencetak, mempamer atau mengedar apa-apa poster, kain rentang, atau menggunakan apa-apa bentuk sebaran elektronik atau sebaran lain bagi tujuan kempen tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP

Ahli-ahli PMIUPM juga dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi kepada mana-mana pihak ketika fasa berkempen bermula pada pukul 2 petang (Hari Jumaat) 18 FEBRUARI 2011 sehingga pukul 12 tangah malam (Hari Ahad) 20 FEBRUARI 2011.

Sebarang keputusan BPR PMIUPM adalah muktamad.

 

Yang Benar,

Pengarah,

Badan Pengurus Pilihanraya (BPR) PMIUPM

Sesi 2011

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: