Sengsara dari bumi sakura

Watashiwa hazime!mungkin ini satu2 nya perkataan lengkap jepun yang ana tahu, maksudnya, ‘nama saya Hazim’..Teringat moto Che Det ketika era ‘autokratnya’ yang begitu komited dengan dasar pandang ke timur, telah menjadikan Jepun sebagai negala idealnya.

Jepun, sebuah negara Asia yang boleh bersenandung megah dengan bahasa, budaya, dan teknologinya sendiri tanpa perlu ‘berpaut’ pada barat natijah dari disiplin yang cukup tinggi, namun post ana hari ni, bukanlah untuk berbicara ‘sejarah semalam’, namun untuk kita sama2 buka minda tentang ibrah dan pengajaran di sebalik jatuhnya Kota Geisha hari ini.

Baru beberapa hari lepas, ana berkongsi dengan sahabat dari Jemaah tabligh yang pernah mendapat didikan dari Luar negara, tentang bagaimana penerimaan sebilangan generasi muda Jepun terhadap gerakan dakwah islam. Kebanyakan generasi muda di Jepun adalah berfahaman Athiesme, gaya hidup ‘workaholic’ menjadi kan mereka ‘hamba kerja’  sehingga akhirnya, ramai yang mencari ‘sesuatu’ untuk dijadikan ‘destinasi’ dan pegangan hidup. Ketika inilah, dakwah islam yang sememangnya menggabungkan konsep ‘dunya wa ukhra’ (dunia dan akhirat) mudah sekali menjalar  di segenap nadi fikir insan2 yang kekosongan ini.

Penubuhan Yayasan Pengajian Islam Jepun oleh Toshihiku Isutzu (1914-1993), serta penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Jepun pada sekitar 1958 telah menanam benih percambahan Islam di negara sakura ini. Ajaran Islam mula tumbuh subur menggantikan agama berasaskan spiritual warisan budaya tradisi masyarakat Jepun lama (Zed Buddha).

Diawalnya, ana agak obses untuk ke negara ‘techno maniac’ ini, mungkin bidang pengajian ana sendiri yang menjurus kepada bidang ‘kimia dan industri’ membuatkan ana benar-benar ‘excited’ untuk ke sana. Namun rupanya tuhan mengkehendakkan sesuatu yang lain.

Dalam masa hanya beberapa minit, diantara kalimah ‘kaf’ dan ‘nun’..’kun’ (jadi), maka jadilah..kejadian gempa bumi bermagnitud  8.9 skala Richter yang melanda perairan timur laut Jepun sekitar Jumaaat lepas, disusuli tsunami setinggi 10 meter sehinggalah meletupnya loji nuklear di Fukushima yang benar-benar mengejutkan masyarakat global.

Sekali lagi, ana tidak berniat mengulas panjang mengenai fakta kematian dan kronologi peristiwa bencana alam tersebut, segalanya telah mendapat liputan menyeluruh dan terperinci dalam semua media yang kelihatan begitu ‘telus’ membuat liputan (fenomena yang agak janggal..hehehe). Cuma sebagai Presiden Gerakan Mahasiswa Islam, yang menjadi timbang tara perhatian ana adalah fahaman ‘tak pedulisme’ di kalangan mahasiswa hari ini.

Ayat-ayat seperti “alhamdulillah, tak kene pada kita” dan ”Jangan risau,kita di luar lingkaran api pasifik,insyaAllah selamat”..selalu kedengaran. Yang peliknya, boleh pula tambah dengan ayat-ayat Allah (insyaAllah dan Alhamdulillah), sedang dalam islam sering di ajar bahawa ‘siapa yang mati dalam keadaan tidak peduli tentang masalah ummah, maka dia mati sebagai fasik’.

Apa pun, yang ni boleh tahan juga la sucinya, macam mana pula dengan ayat seperti “perghh..dasyat gila,confirm berubah genetik awek2 cun di Jepun ne..hehe” ataupun ”eh..mana Ultraman ne?selamatkan jepun!kah..kak..kah..”

Dush!!hampir melayang tangan ana kat mulut2 ‘cerdik’ mahasiswa2 kita hari ini..teman2,belum cukup kah musibah dan malapetaka ini untuk menjadi peringatan dan pengajaran buat kita??wahai hamba2 Allah yang mampu berfikir???makhluk yang diberi akal untuk menjadi sebaik-baik kejadian..Allahurabbi..

A’la kulli hal,setakat ini, tidak ada lagi tabung-tabung kemanusiaan atau sebarang bentuk tindakan cepat dari persatuan pelajar berkenaan isu bantuan ini. Di peringkat mahasiswa islam, mesyuarat tergempar ” telah diadakan petang tadi, insyaAllah, fasa pertama bakal berjalan dalam kadar segera. ana harapkan selepas ini lebih ramai rakan2 mahasiswa yang berminat untuk sama-sama dalam usaha ini..ayuh kawan2,ganbatte!!

Kala melihat Jepun yang semakin lumpuh,ana terfikir andai negara samurai yang pernah bangkit dengan cukup gagah di era perang dunia kedua ini tenggelam dan hilang dari peta dunia,pastilah ana antara manusia yang rugi kerana tidak sempat mencium harum wangian islam, tiupan angin kota sakura!( ~_~)

1 Comment

  1. shizuka

    Bernas komen saudara mengenai isu ini..sy stuju

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: