email rasmi dari presiden ikatan pelajar islam jepun-PMIUPM

Assalamualaikum warahmatullah.
Saya Mohammad Azhar bin Azlan, Presiden Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) sesi 2011.
Terima kasih di atas keprihatinan pihak Tuan tentang apa yang berlaku di Jepun.
Berkaitan perkembangan yang berlaku di Jepun, setakat ini maklumat adalah dari pelbagai sumber dan pihak kami sedang berusaha untuk mengumpulkan maklumat-maklumat tersebut untuk di-summarize-kan. Kami akan kongsikan maklumat ini secepat mungkin.
Berkaitan sumbangan untuk mangsa gempa dan tsunami di Jepun, memandangkan IPIJ mempunyai saluran yang terbatas dan terhad, kami mengambil langkah bekerjasama dengan Muslim Studen’s Association of Japan (MSAJ). Sumbangan akan kami salurkan kepada MSAJ.
Berkaitan sumbangan ini juga, maklumat ada pada link ini – SUMBANGAN
Pihak MSAJ memaklumkan pada kami, kutipan derma untuk 1st period adalah pada 13Mac hingga 16Mac. Untuk 2nd period, kami belum dapat apa-apa maklumat.
Jadi, saya mencadangkan, kalau pihak Tuan ingin memberikan sumbangan, bolehlah berikan sumbangan tersebut kepada wakil IPIJ yang balik bercuti di Malaysia.
Kami akan berikan maklumat wakil kami kemudian. (kalau tidak menjadi masalah di pihak Tuan.)
Selain itu, maklumat -maklumat berkaitan apa yang berlaku dan perkembangan tentang gempa dan tsunami di Jepun, Tuan bolehlah rujuk kepada link dibawah:
IPIJ teknologi
Malaysian Student’s Association of Japan
AMIR
Sekali lagi, jutaan terima kasih diatas keprihatinan pihak Tuan. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati setiap usaha murni dan suci pihak Tuan.
wallahu alam.
::Presiden IPIJ::
p/s: jangan terkeliru dengan MSAJ. ada 2 MSAJ. satu yang MUSLIM STUDENT, satu lagi MALAYSIA STUDENT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: