Loji Nuklear di Gebeng;dari presiden kepada menteri

Bismillahirrahmanirrahim…

“ Seorang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali”

Madah keramat ini sering ana gunakan sebagai indikator dalam muhasabah ana saban malam. Relevennya cukup mudah, andai ana masih mengulang kelemahan semalam, bermaksud ana gagal mengambil ibrah (pengajaran) dari catatan kehidupan semalam yang pastinya tersirat ‘silibus2 tarbiah2’ yang telah tuhan rangkakan untuk ana di luhul mahfuz. Maha suci tuhan yang menjadikan segala yang tercipta tanpa sia2, walau sekecil virus dan bakteria, pasti ada tanda kebesaran khaliq padanya, bagi hamba yang berfikir.

Menerusi entry sebelum ini, ana catatkan tentang kejadian Tsunami dan letupan reaktor loji nuklear di Fukushima yang terletak hanya 240km dari pusat Bandar Tokyo. Namun, belum pun surut badai kehancuran bumi samurai, para pimpinan negara yang ‘cerdik pandai’ di bumi Malaysia ini, tetap dengan ‘idea bernas’ mereka untuk membina loji tenaga nuclear di pekan industry Gebeng, Pahang hasil usahasama dengan syarikat dari Australia, Lynas (M) Corp (Sumb: The New York Times (NYT))

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil dengan ulasan ‘bijak’nya bahawa agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

Persoalan ana kepada YB Tan Sri, agensi industri manakah yang dijanjikan begitu hebat melebihi  agensi Jepun yang diakui oleh Eropah sebagai antara negara gergasi teknologi Asia?? Tidak cukupkah tragedi Fukushima sebagai skala ukur pengharaman pembinaan loji nuklear di tanah Malaysia yang tercinta ini?

Mengikut akal sedar ana, kerajaan sebenarnya lansung tidak mamberi jaminan konkrik terhadap keselamatan penduduk sekitar, dari risiko pencemaran bahan radioaktif yang dihasilkan daripada loji tersebut, malah letusan hampir sama yang pernah berlaku di Chernobyl, Ukrane  sekitar 80an seharusnya menjadi ‘alarm button’ terhadap tahap kebarangkalian berlakunya letupan loji nuklear di mana sahaja ia dibina.

Tidak cukupkah nikmat keselamatan yang tuhan kurniakan kepada kita? Ana yakin dan percaya, jika tuhan berkehendak, jarak 2400 batu yang memisahkan antara Malaysia dan Jepun, mahupun faktor arah angin dan iklim Malaysia bukanlah faktor yang menyelamatkan kita dari terkesan dengan pencemaran radiasi di Jepun, tetapi rahmat Allah lah, dengan rahman dan rahimnya memberi kita ruang dan peluang untuk melihat, berfikir dan mengambil pengajaran.

Jangan kerana kesombongan kita ‘mencabar’ peringatan dari tuhan ini, menjadi asbab kemurkaan tuhan kepada kita sehingga musibah yang berlaku di bumi sakura berulang di bumi rosa (hibiscus rosa-sinesis,nama saintific bunga raya,bunga kebangsaan malaysia). Nauzubillahiminzalik..

“maka nikmat tuhan yang manakah, yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman)

untuk akhirnya, ana tinggalkan antum dengan ayat dari surah Ar Rahman yang diulang hampir 30 kali dalam 1 surah ini, untuk sama2 kita fikirkan, bak kata nabil ‘’lu pikir la sendiri,assalamualaikum!”

P/S-Ada sesiapa nak cadangkan Tan Sri Muhyiddin pindah duduk skitar gebeng tak?^_^

1 Comment

  1. salam alaik sdr, konklusi yg ana dpt dr keseluruhan berita, adlh ana fikir, kerajaan kita LUPA bahawa kuasa Allah melebihi segalanya. Apakah mereka ingin menguji Allah dgn sains teknologi yg difikirkan begitu hebat yg mana ilmu itu dtgnya dr Allah? Ternyata, mereka tdk meletakkan Islam dlm stiap perkara. Kecewa. Sungguh kecewa dgn pmimpin Msia skrg. Shukron jz sdr, atas tulisan yg bgitu bernas. Teruskan menulis atas nama Islam. Barakallahu fik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: