Politik Nilai Musnah: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Lama sudah rasanya tidak bergiat aktif dalam menulis kerana terpaksa menyelesaikan beberapa perkara penting dalam gerakan Islam. Tapi saya gagahkan diri untuk menulis sebagai peringatan kepada diri dan kepada semua.

saya mulakan dengan firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.

-Al-Hujurat: 6-

Masyarakat pada hari ini telah digemburkan dengan isu video seks yang kian meruncing. Video seks sudah menjadi bahan tontonan yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat (U). Bahkan ada juga kanak-kanak yang belum mumaiyiz pun terdedah kepada video ini.

Nabi saw sangat melarang umatnya yang suka menuduh kecuali didatangkan dengan empat orang saksi. Dan sekiranya pelakunya berjaya dibuktikan bersalah, nabi tidak mendedahkan kepada orang ramai. Hari ini menunjukkan begitu teruk politik nilai di Malaysia diperlakukan. Sangat memalukan kita sebagai warga Malaysia yang mempunyai pemimpin yang sudah hilang integriti.

Bertepatan dengan satu riwayat ketika mana Nabi saw sedang menyampaikan kuliah di dalam masjid lalu datang serang wanita terus duduk berhadapan dengan Nabi saw. Lalu diperkatakan oleh perempuan itu,  “aku telah berzina wahai Rasulullah”… Nabi saw senyap dan tidak berkata apa-apa. Sahabat-sahabat yang berada di sekeliling Nabi saw pun tidak berkata apa-apa kerana Nabi sendiri tidak menjawab.

Hanya kedengaran suara perempuan itu yang meminta pada Rasulullah untuk bersihkan dia daripada dosa yang telah dibuat dengan berkata “tohhirni” (bersihkan aku). Berulang-ulang kali diucapkan pada Rasulullah tetapi tidak pula Rasulullah mendedahkan pada sidang hadirin yang hadir dalam masjid itu. Akhirnya Rasulullah menyuruh perempuan tersebut untuk balik dan lahirkan anak dahulu dan kemudian datang balik untuk berjumpa dengan Rasulullah.

Sampai ketika waktu perempuan itu bersalin, terus dia menemui Rasulullah untuk menuntut janji supaya dibersihkan

penghantaran memorandum ke majlis Fatwa Malaysia berhubung dengan pendirian Majlis Fatwa mengenai isu politik lucah

daripada dosa zina. Disebutnya berulang-ulang kali “tohhini” akhirnya Rasulullah menyuruh perempuan itu untuk untuk balik dahulu menyusukan anak yang dilahirkan itu.

Seperti yang disuruh Rasulullah, anak itu pun sudah disusukan dan perempuan itu datang menghadap kembali kepada Rasulullah. Dituntutnya lagi janjinya pada Rasulullah. Rasulullah mengambil bayi (anak luar nikah) itu dari tangan perempuan itu lalu berkata pada hadirin yang hadir,

Barangsiapa yang membela bayi (anak luar nikah) ini akan dapat masuk syurga bersama-sama aku

Lalu berebutlah para sahabat mengangkat tangan untuk membela bayi (anak luar nikah) itu dan akhirnya sahabat dari kalangan kaum Ansar dipilih untuk membela bayi (anak luar nikah) itu.

Selepasa itu, dituntutnya janji oleh perempuuan itu kepada Rasulullah supaya membersihkan dirinya daripada dosa zina dan akhirnya nabi memanggil Khalid Al-Walid untuk menjalankan hukuman rejam batu sampai mati. Ketika sedang menjalankan hukuman tersebut, batu yang dibaling terkena kepala perempuan itu dan darahnya terpercik ke muka Khalid Al-Walid lalu berkata lah Khalid, “sungguh tidak berguna perempuan itu“.

Lalu ditegur oleh Rasulullah,

jangan kamu menghina dia kerana taubatnya telah diterima Allah dan menyamai taubat 70 orang Madinah

Daripada riwayat ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak menghebahkan kepada orang lain berita perempuan yang berzina itu tetapi sehingga perempuan itu mengaku sebanyak 4 kali (bersamaan dengan 4 orang saksi) dihadapan Rasulullah barula dikenakan hukuman hudud. Dan Rasulullah juga melarang Khalid daripada menghina perempuan tersebut walaupun telah terbukti kesahihannya yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Lihatlah betapa jahilnya umat sekarang ini tentang agama. Dengan tidak ada 4 orang saksi, berani menuduh seseorang itu bersalah dan yang yang paling menyedihkan adalah dengan menyebarkan video seks untuk menjadi tontonan umum. Kumpulan-kumpulan ini digelar sebagai orang yang fasik dengan dan orang yang fasik tidak boleh menjadi saksi serta menjadi wali kepada anak perempuannya. Berapa ramai orang yang fasik di Malaysia yang bercerita di kedai kopi dengan membawa berita yang tidak ada 4 orang saksi.

Oleh itu, perlulah kita sebagai seorang mahasiswa meningkatkan ilmu agama supaya dapat mengurangkan golongan yang jahil. Perlulah kita mencontohi politik Islam yang dianjurkan oleh Nabi saw supaya politik nilai dan politik peradaban diambil kira oleh masyarakat.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: