PMI UPM: Menyangkal Dakyah Kiamat 21 Mei


Kuantan, 12 April – Pihak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) rasa begitu terkejut dengan berita pada hari ini yang sangat menggemparkan umat Islam dilaporkan oleh satu laman blog tentang “Pendakwah Kristian mendakwa Kiamat jatuh pada 21 Mei 2011”.

Pada hari Ahad kelmarin, sekumpulan pendakyah Kristian dari Amerika Syarikat sedang giat menyebarkan risalah berkenaan “Judgement Day on May 21, 2011”. Mereka bergerak dalam kumpulan dan menyebarkan risalah tersebut kepada orang ramai. Terdapat orang awam yang mendakwa bahawa kumpulan ini sedang menaiki kapal untuk memaklumkan kepada seluruh umat manusia di dunia tentang perkara ini. Ini merupakan satu dakyah yang sangat bertentangan dengan agama Islam dan ini melibatkan aqidah dan pegangan umat Islam hari ini.

Presiden PMI UPM

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (gambar kanan), saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh berkata pihak kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan segera berhubung perkara ini kerana ianya melibatkan aqidah umat Islam.
“Sebagaimana yang kita (umat Islam) tahu, Hari Kiamat hanya diketahui oleh Tuhan yang Maha Esa iaitu Allah Rabbul Jalil. Bahkan Nabi Muhammad sendiri pun tidak tahu bilanya berlaku Hari Kiamat”, katanya.
Dalam riwayat hadith Nabi saw menyatakan ketika baginda didatangi oleh malaikat yang menyerupai seorang pemuda yang berjubah putih, pemuda itu bertanya kepada nabi bilakah akan berlakunya kiamat? maka jawab Baginda saw, hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
“Harapan kepada umat Islam agar tidak terpedaya dengan dengan dakyah yang disebarkan oleh kumpulan Kristian yang masih dikatakan masih lagi bergiat aktif dalam menyebarkan risalah ini kepada orang ramai terutamanya kepada golongan muda-mudi Islam” ujarnya lagi kepada media PMIUPM.
Oleh itu, pihak PMIUPM mendesak supaya pihak kerajaan Malaysia, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) serta mana-mana badan yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan secepat mungkin kerana ini sangat membahayakan aqidah masyarakat Islam yang akan terpesong jika ada yang mudah percaya kerana kekurangan ilmu agama.
“Daie Mutarabbi Memimpin Ummah”

Disediakan oleh,
Exco Penerbitan & Multimedia
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Putra Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: