Lynas @ Panas @ Kerajaan Bernas??

KUANTAN, 23 April – Penduduk di bandar ini dijangka pasti akan terus teraniya dengan taktik dan permainan licik “Kerajaan Malaysia” jika mereka berdiam diri dan tidak membantah projek Lynas di Gebeng ini. Ia berikutan banyak maklumat terbaru kini telah berjaya dibongkarkan bagi membuktikan projek tersebut memang tidak “relevan”untuk diteruskan.

Hasrat kerajaan untuk melantik panel bebas bagi mengkaji projek ini adalah satu usaha “sia-sia” yang dijangka akan memerangkap rakyat itu sendiri. Kita tidak tahu siapakah pakar yang akan terlibat dan berapa banyak wang yang akan memperolehi. Dalam keadaan sekarang, Lynas dan Kerajaan Malaysia boleh membayar sesiapa sahaja untuk menjadi pakar bagi menyokong projek tersebut.Sedangkan dalam masa yang sama rakyat mahu projek itu dibatalkan. Soalnya, apakah kerajaan berani membatalkan projek berkenaan selepas mereka sendiri melihat “keuntungannya di kemudian hari”. Justeru itu juga kita tidak hairan kerajaan menawarkan “Tax Holidays”, dengan tidak mengenakan cukai selama 12 tahun kepada Lynas.

Agenda tersembunyi mereka sudah pun kami dedahkan dalam artikel terdahulu. Cuma kali ini kami mahu dedahkan pula tentang bahaya “radioaktif” yang akan dihadapi oleh rakyat Kuantan rupanya bukan sahaja dari bahan mentah “rare earth” yang dibawa khas dari Mount Weld, Australia. Rupanya, Lynas juga akan memunggah “rare earth” dari negara Malawi untuk diproses di Gebeng.

Rare Earth Malawi Juga Akan Di Bawa Ke Gebeng

Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga (foto), Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi. Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi.

Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke Kilang Lynas di Gebeng Kuantan untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa. Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas. Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.Ini bermakna bahaya yang bakal menimpa rakyat kini semakin besar dan lebih menggerunkan. Ternyata kini, projek tersebut wajar dibatalkan demi keselamatan. Rakyat tidak mahu lagi sebarang alasan dari pihak kerajaan bagi meneruskan projek itu.


Klik imej untuk besarkan gambar atau sila klik bukti DI SINI

[Dengan maklumat terbaru ini, bermakna sisa buangan radioaktif Thorium yang bakal dikeluarkan adalah lebih tinggi daripada apa yang dijangka. Maknanya, kenyataan kononnya sisa tersebut selamat hanya berdasarkan kepada bahan rare earth dari negara Australia ternyata meleset apabila Lynas juga mengikat perjanjian untuk membawa masuk bahan terbabit dari negara Malawi. Kerajaan tidak boleh lagi menipu rakyat dalam hal ini. Kebenaran akhirnya akan terbongkar jua. Maklumat terkini diterima mengatakan kini “raw meterial rare earth” dari Mount Weld Australia sudah pun tiba di Pelabuhan Kuantan (Tg.Gelang). Jika benar dakwaan ini, maka kenapa kerajaan membenarkannya. Sedangkan mereka mengatakan Lynas tidak akan mendapat lesen pra operasi jika tidak menepati syarat yang ditetapkan. Ini membukti mereka hanya mengaburi mata rakyat, sedangkan projek tersebut 200% akan diteruskan tanpa sebarang sekatan. Untung besar yang lebih diutamakan daripada keselamatan rakyat. Maka itulah rakyat perlu bangkit untuk membantah!].
sumber: pahangdaily.blogspot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: