Mee Segera Khinzir!!: Presiden PMIUPM

Terima kasih kepada yang berkongsi foto ini untuk kesedaran kepada mereka yang tidak teliti dengan pemakanan. Sebagai umat Islam, perlulah mengambil berat tentang pemakanan yang halal serta cara pemakanan yang sihat. Tetapi berapa ramaikah yang meneliti ingredients makanan sebelum membeli?? Peringatan untuk diri sendiri dan kepada semua masyarakat Islam.

Foto ini menunjukkan dengan jelas mee segera jenama A1 yang terdapat di pasaran dan terdapat logo halal. Sila rujuk link ini http://www.malaysia.com/bak-kut-teh-food.html. untuk gambar, rujuk foto di bawah:

Disini juga terdapat video yang menunjukkan cara-cara untuk menyediakan masakan Bak Kut Teh menggunakan rusuk babi atau khinzir. Sila lihat link video ini: http://www.youtube.com/watch?v=ZvZCS_pC8bg&feature=player_embedded

Di dalam Islam sangat menekankan tentang peri pentingnya makanan dalam kehidupan seharian yang akan memberi kesan pada ibadah, ilmu dan sebagainya. Di dalam satu riwayat ada menceritakan tentang kehandalan Imam As-Syafie dalam penghafalan al-Quran serta segala ilmu yang di ajar oleh Imam Malik dapat disebut balik sebutir-sebutir segala apa yang pernah di ajar oleh Imam Malik.

Tiba-tiba pada satu hari, Imam As-Syafie  terlupa sedikit apa yang diajar oleh Imam Malik ketika disoal. Lalu ditanya oleh Imam Malik akan apa yang dimakan oleh beliau. Lalu diterangkan tidak masakan yang dimakan selain masakan ibunya yang hasilnya daripada tanaman ibunya sendiri. Akhirnya siasat punya siasat, kambing ternakan Imam As-Syafie telah meragut rumput bukan ditempatnya dan  susu kambing itu telah diminumnya. Itulah yang memberi kesan kepada daya ingatannya.

Begitu telitinya para cendiakawan Islam dahulu dalam bab penjagaan makanan. Ini menunjukkan Islam sangat-sangatmenjaga bab-bab pemakanan.Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.”

Pada zaman Nabi Musa AS ada dikisahkan seorang yang berdoa bersungguh-sungguh dengan tangannya diangkatkan ke langit tetapi doanya tidak diterima Allah. Nabi Musa berasa hairan kerana doa lelaki tersebut tidak diterima Allah. Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah mengapakah doa lelaki itu tidak diterima. Allah menjawab, doanya tidak diterima kerana di dalam perutnya ada benda yang haram dan di belakangnya ada juga benda yang haram (pakaiannya). Malah di rumahnya turut dipenuhi dengan benda yang haram dan disebabkan itulah doanya tidak diterima.

Oleh itu, muhasabahlah diri kita sebagai mahasiswa dan masyarakat Islam, adakah kita mengambil berat tentang pemakanan menurut pandangan Islam? Adakah kita meneliti setiap makanan sebelum makanan tersebut melangkah ke dalam perut? Adakah kita rasa bertanggungjawab untuk meneliti makanan walaupun telah di cop tanda halal? Semua persoalan jawablah sendiri.

Berkaitan isu pendedahan ini, pihak berkuasa JAKIM perlulah memainkan peranan penting untuk menyiasat perkara ini kerana ini merupakan isu sentitif dalam kalangan umat Islam. Akhir kata, satu lontaran persoalan diberikan kepada pihak berwajib, bagaimanakah logo halal yang dicipta khas boleh diguna pakai oleh pihak pengusaha mee segera yang mengandungi khinzir dengan sewenang-wenangnya??

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: