NAJASYI-PEMBESAR KRISTIAN YG SAKSAMA

Raja Najasyi tersemat namanya dalam sejarah Islam. Seorang raja yang adil dan bertimbang rasa walaupun seorang yang beragama Nasrani.

Sejenak, kita menyelak kembali lembaran sirah pada awal perkembangan Islam. Menelusuri sirah silam, mampu membuka mata dan minda kita untuk lebih mengadaptasi ibrah dan pengajaran dari sirah untuk diambil buat masa kini.

Ummu salamah menceritakan kisah pemburuan kafir Quraisy terhadap kaum Muslimin di Bumi Habsyah. “ Setelah kami sampai ke Habsyah, kami disambut baik oleh raja Najasyi. Kami aman dengan agama kami, kami beribadat kepada Allah tanpa sebarang tekanan , kami tidak dengar sesuatu perkataan  pun yang kami benci. Apabila berita ini diketahui oleh kafir Quraisy dan mereka berasa iri hati dengan keadaan kaum Muslimin.

Lalu mereka merancang menghantar utusan  dan menghadiahkan hadiah yang hebat-hebat kpd Raja Najasyi. Hadiah berupa replika kulit dan tidak lupa juga diutuskan kepada para pembesarnya. Perwakilan Quraisy yang pergi ke Habsyah adalah ‘Amru b. al-Ash dan Abdullah b. Abi rabiah. Mereka memberi hadiah dan berkata , “ Wahai Raja! Sesungguhnya telah datang berlindung di negara Tuan dari kalangan kami yang jahat. Mereka memecah belahkan agama kaum mereka dan tidak pula memeluk agama Tuan. Mereka datang dengan agama yang mereka pegang tanpa kami mengetahuinya begitu juga Tuan. Sesungguhnya kami diutuskan kepada Tuan demi mereka dengan restu kaum kerabat agar Tuan mengembalikan mereka kepada keluaraga sebenar.keluarga mereka lebih berhak keaatas mereka di mana mereka lebih mengetahui tentang segala keburukannya.”

Apabila mendengar kata dari Abdullah b. Rabiah, marahlah Najasyi . Menteri-menteri di sekeliling juga berkata, “ kedua-duanya memang benar wahai Raja. Keluarga mereka lebih berhak ke atas mereka serta lebih tahu keburukan mereka. Serahlah mereka kepada kedua-dua orang ini untuk di bawa pulang.”

An-najasyi menjawab, “ Demi Allah! Tidak. Aku tidak akan serahkan mereka dan aku tidak memaksa satu-satu kaum mencari perlindungan dariku sehinggalah aku memanggil mereka dan bertanyakan hal yang sebenar.Sekiranya betul, aku akan serahkan dan sekiranya tidak benar, aku tidak akan serahkan malah melayan mereka dengan baik.

PENGAJARAN : 

Wakil Quraisy sangat berharap supaya mereka dapat menghasut Raja Najasyi supaya menghalau kaum Muslimin tanpa bersoal siasat atau bertanya kepada kaum Muslimin. Ini dapat dilihat melalui penghujahan yang diberikan oleh Abdullah b.Rabiah..

Mereka cuba mengelirukan perasaan Raja bahawa Muslimin tidak memeluk agama Raja dan mereka menekankan bahawa keluarga dan kaum kerabat mereka lebih mengetahui keburukannya. Dan ini dikuatkan lagi dengan persetujuan para menteri-menteri beliau yang mengatakan bahawa keluarga mereka lebih berhak ke atas mereka.

Ini bertujuan Najasyi tidak perlu lagi bertanya kepada kuam Muslimin supaya langsung membuat keputusan untuk menghalau mereka. Walau bagaimanapun , teknik ini gagal.Kerana baik dan bertimbang rasanya Najasyi, kaum Muslimin dipanggil untuk menceritkan hal yang sebenar.

** dengarlah dari kedua-dua belah pihak sebelum menjatuhkan hukuman atau keputusan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: