Sebesar Zarrah Di Hitung: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Orang lelaki yang pergi menunaikan kewajipan solat Jumaat di masjid sepatutnya menjadi ‘mata-mata’ dan membawa balik maklumat (isi khutbah) untuk disampaikan kepada kaum Hawa iaitu anak isteri dan yang berkaitan dengannya supaya mereka pun mendapat manfaat daripada apa yang kita bawakan.

Disini saya bawakan rumusan daripada isi khutbah disampaikan di Masjid Mardi Serdang. Semoga dengan perkongsian inin dapatlah diambil manfaatnya sebagai serba sedikit bekalan untuk dibawa ke negeri yang kekal abadi.

Ketika Islam berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah, Nabi saw telah menghapuskan semua perayaaan dan meniggalkan dua perayaan sebagai perayaan yang terbesar untuk umat Islam iaitu perayaan Eidulfitri dan Eiduladha (perayaan pertama) dan perhimpunan yang mengumpulkan umat Islam untuk diberi peringatan iaitu hari Jumaat (perayaan kedua).

Allah berfirman di dalam surah al-Zalzalah (Makkiyyah):

“Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. “

(Al-Zalzalah:7 dan 8)

Ayat ini menerangkan bagaimana Allah memberi peringatan dan amaran kepada manusia terhadap apa yang dilakukan di dunia tidak akan terlepas untuk di hisab di Akhirat nanti. Apabila seseorang melakukan kebajikan hatta sekecil zarrah yang tidak tercapai oleh mata kasar manusia pun, akan dinilai di sisi Allah.

Dan sekiranya mereke melakukan kejahatan, melakukan fitnah yang berleluasa serta mengumpat (ghibah), mereka tetap akan dihitung oleh Allah pada setiap amal perbuatan mereka. Ini merupakan peringatan Allah serta amaran kepada mereka yang bergelar manusia.

Manusia di suruh berbuat baik kepada manusia serta seluruh makhluk dibawah tuhan yang satu iaitu Allahu Rabbul ‘Alamin (Tuhan sekelian alam). Justeru dalam hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Bukhari dan Abu Daud menceritakan tentang kabaikan seeorang pemuda terhadap makhluk Allah sehingga Allah melemparkan ganjaran yang berbaloi untuknya didunia lagi dan di akhirat.

Pemuda tersebut merupakan pemuda dari golongan Bani Israel yang sedang berjalan jauh di padang pasir. Kebiasaannya di padang  pasir, mereka akan merasakan ujian yang sangat besar iaitu kehausan yang teramat dan memerlukan untuk menghilangkan dahaga. Sedang penat berjalan akhirnya pemuda tersebut menjumpai sebuah telaga tetapi airnya sangat cetek di dalam. Oleh itu, memaksa pemuda tersebut untuk turun ke bawah telaga untuk minum air dari telaga tersebut.

Pemuda terssebut minum air tersebut sehingga puas dan kenyang. Bersenang- senang dia turun ke telaga dan bersusah-susah dia untuk kembali naik semula unutk keluar dari telaga tersebut. Sesudah dia keluar dia dari telaga, tiba-tiba ternampak olehnya seekor anjing yang kelihatan sungguh dahaga sepertinya pada pemulaan tadi. Sehinggakan anjing tersebut minum air yang diserap oleh tanah-tanah itu.

Disebabkan perasaan kasih pada makhluk Allah itu tadi, dia kembali semula ke telaga tersebut unutk mendapatkan air. dia kembali semula bersenang-senang untuk turun dan bersusah – susah untuk kembali semula keluar dari telaga. Sesampai di bawah telaga, rupa – rupanya pemuda itu terlupa untuk membawa bekas untuk mengambil air. Lalu diambilnya sarung kakinya yang dibuat dari kulit dan terus mencedok air.

Dia menggigit sarung kulit tersebut denagn bersusah-susah unutk keluar dari telaga tersebut. Diberinya anjing itu minum sehingga kenyang. Hasil daripada perbuatannya yang baik itu, maka Allah telah memberinya 3 ganjaran dan hadiah:

1. Allah mengucapkan terima kasih pada pemuda tersebut

2. Allah mengampunkan dosanya

3. Allah memberinya ganjaran syurga

Rupa-rupanya dengan hanya memberi binatang makan atau minum pun akan diberi balasan oleh Allah. Justeru hendaklah kita berbuat baik kepada semua makhluk Allah kerana akan dinilai segala amal perbuatan kita. Bukan sahaja kita menjaga diri kita malahan disuruh juga untuk kita menjaga ahli keluarga kita dari api neraka seperti dalm firman Allah di dalam al-quran:

“Maka peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”

Perlulah kita untuk mendidik mereka dengan sempurna sehingga mereka terpelihara sehingga ada disebut dalam hadith Nabi saw tentang perihal seseorang yang mendidik anaknya.

Hadith inin menceritakan tentang seorang perempuan yang telah kematian suaminya iaitu Rabi’ah yang telah mendidik anaknya bersama suaminya dahulu dengan didikan agama yang begitu mendalam. Setelah kematian suaminya, Rabi’ah mendidik anaknya Harithah bin Suraqah sehingga berjaya menghantar anaknya untuk berjuang di medan perang sebagai tentera Islam. Dan akhirnya, anaknya gugur sebagai syahid di medan peperangan setelah dididik denagn didikan agama yang cukup.

Lalu perempuan itu berjumpa dengan Nabi saw untuk bertanya perihal anaknya yang telah didiknya itu sama ada mendapat syurga dan syahid ataupun tidak. Jika tidak mendapat syahhid kerana perjuangan dia hanya kerana dunia maka dia akan menangis meratapi kematian anaknya kerana gagal dalam mendidik anaknya. Dan jika anaknya mendapat syahid kerana berjuang demi Islam dan kerana Allah, maka dia akan menangis kegembiraan.

Lalu diberitahu oleh Nabi saw yang anaknya telah mendapat syurga bahkan mendapat syurga yang paling tinggi iaitu syurga Firdaus. Menangis kegembiraanlah Rabi’ah kerana hasil didikannya dan keizinan Allah, anaknya dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

oleh itu sebagai peringatan kepada kita bahawa setiap amalan kita akan dihitung. tidak kiran nampak ataupun tidak, kecil ataupuun besar, kita tetap akan dihhitung. Semoga menjadi peringatan kepada diri dan semua pembaca. Wallahu’alam.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden ,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: