Belaian Allah Pada Nabi Muhammad: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Bulan Rejab merupakan bulan mukjizat nabi Muhammad dan kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala. Telah berlaku satu peristiwa penting dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Isra’ wal mi’raj. Allah membelai nabi pada ketika itu setelah nabi melalui ujian dalam menyampaikan risalah Islam.

Kita berpatah balik sebentar sebelum berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ketika umat Islam ditekan dan disekat, nabi Muhammad bersama anak angkatnya Zaid bin Harithah berhijrah ke Thaif bagi mendapatkan perlindungan. Di Thaif, Nabi Muhammad mempunyai beberapa kawan disana yang diharapkan akan dapat memberikan perlindungan sesampainya mereka disana.

Namun sangkaan nabi meleset bila mana orang tua, orang muda, lelaki, perempuan, dewasa serta kanak-kanak menghalau nabi sambil melemparkan batu-batu kecil dan batu-batu kerikil. Anak-anak kecil pula disuruh mengejek nabi Muhammad saw sambil membaling batu sehingga darah yang suci mengalir di anggota badan Rasulullah serta tumit nabi Muhammad saw berdarah.

Nabi Muhammad saw bersama Zaid berjalan meninggalkan Thaif. Setibanya mereka di sebatang pokok, nabi duduk sambil berdo’a bahawa nabi sangat lemah ketika itu. Nabi mengadu pada Allah dan dengan serta-merta Allah mengabulkan doa kekasihnya itu. Dalam pada orang-orang Thaif yang menghalau nabi, datang pula dua orang pemuda anak Rabi’ah menghampiri nabi yang berdarah itu lalu disuapkan anggur ke mulut nabi lalu nabi melafazkan “dengan nama Allah”.

Lalu terkejut pemuda itu dan bertanya, “apakah yang disebut oleh kamu tadi?”. Nabi menjawab Allah. Allah sebagai Tuhanku dan aku adalah nabi utusan Allah. Sebaik sahaja mendengarnya, dia terus memeluk nabi, mencium dahi, tangan dan kaki nabi. Begitu Allah membelai nabi di kala nabi sedih dengan menghantarkan perkara yang menyejukkan hati kekasihnya.

Bagi menambah rawatan luka di hati Rasulullah saw, Allah membelai Rasulllah dengan mengajak baginda untuk ke suatu tempat yang tidak pernah makhluk lain menjejaknya. Nabi saw diberikan kenderaannya yang dinamakan Buraq sambil ditemani sahabatnya iaitu malaikat Jibril a.s. Isra’ itu bermaksud perjalanan di bumi dan mikraj bermaksud perjalanan di langit.

Dalam masa yang beberapa detik, nabi saw dapat berjalan di langit dan di bumi. Daripada masjidil haram ke masjidil aqsa dan sempat solat berjemaah bersama nabi-nabi terdahulu dan solat itu di imamkan oleh nabi Muhammad sendiri.

Sehinggakan ada dalam satu hadith yang mengatakan bahawa sekembalinya nabi ke tempat tidurnya, bantalnya masih terasa suam-suam seperti baru sahaja meninggalkan tempat tidur. Begitu menunjukkan kebesaran Allah yang perjalan nabi dalm Isra’ dan Mikraj hanya beberapa detik.

Ketika berada di langit, nabi berjumpa nabi-nabi yang tedahulu serta dibenarkan masuk ke Arasy Allah dengan berselipar sedangkan ketika nabi Musa as berbicara dengan Allah di lembah Gunung Tursina, Allah menyuruhnya menanggalkan seliparnya di tempat yang suci itu (surah Toha).

Jibril berkata kepada nabi Muhammad saw bahawa hanya nabi sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Arasy Allah. Jibril tidak dibenarkan masuk dan jika Jibril masuk maka dia akan terbakar (Hadith Dhaif).

Dan ketika Isra’ dan Mikraj inilah perintah soalt lima waktu dikeluarkan. oleh itu marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan Rejab ini sebagai medan latihan unutk menghadapi Ramadhan. Selalulah kita berdoa “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami dibulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan“.

Selain itu, banyak-banyakanlah kita bersedekah dan berpuasa di dalam bulan Rejab. Tiada puasa Rejab tetapi berpuasa sempena bulan Rejab. bersama-samalah kita mengejar kebaikan “fastabiqulkhairat“.

Muhammad Hazim Mohd Noh

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: