Human Resources Nabi (I)

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang pengurusan sumber manusia dalam berorganisasi. Human Resources (sumber manusia) menjadi elemen yang penting dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan sesebuah organisasi memerlukan pemimpin yang sangat bijak dalam mencaturkan anak buahnya untuk bergerak dalam melakukan gerak kerja organisasi. Jika pemimpin bijak dalam menggunakan pengurusan sumber manusia yang ada, maka akan lahirlah sebuah organisasi yang sangat hebat.

Dengan itu, saya hendak mengenengahkan kepada sidang pembaca beberapa contoh pengurusan sumber manusia yang dilakukan oleh beberapa pemimpin Islam terutamanya junjungan mulia Nabi Muhammad saw sehingga berjaya menjadikan organisasi Islam itu sangat hebat dalam memimpin umat ke arah redha Allah.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Pertamanya saya ingin mengambil contoh pengurusan sumber manusia yang sangat bijak, cantik sehingga berjaya memasarkan Islam hampir 2/3 dunia iaitu Nabi Muhammad saw. Baginda saw sangat meneliti peluang yang ada dan menggunakan peluang yang ada dengan sebijak yang mungkin.

Ketika mendapat arahan daripada Pencipta seluruh alam (Allah) untuk menyampaikan risalah Islam kepada orang ramai, nabi saw tidak ada siapa-siapa di keliling untuk bersama. Oleh itu, bermulanya nabi saw mencari pasukan untuk bersama-sama dengan baginda saw menyampaikan risalah Islam. Formula pencarian nabi adalah bermula dengan USRAH untuk mengikat hati-hati orang di sekeliling dengan Islam.

Bermula di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, nabi mula mempersiapkan untuk mengkaderkan orang ramai untuk menjadi penyebar risalah Islam. Nabi saw memulakan dengan orang yang terdekat dahulu sebagai ‘front liner‘ yang sangat hebat sebagai pahlawan setia nabi saw.

Akhirnya, USRAH yang dijalankan oleh nabi saw berjaya melahirkan pejuang -pejuang yang setia dan bersedia untuk mati demi Allah dan Rasul. Antaranya, nabi saw berjaya membentuk seorang ‘fighter’  yang sangat hebat iaitu Sayyidina Ali bin Abi Thalib karamallahuwajha. Seperti mana yang kita maklum, dalam umur yang masih muda sahaja, Ali dengan beraninya menggantikan tempat tidur Rasulullah tanpa bantahan. Ali juga merupakan panglima perang yang sangat hebat ketika di medan peperangan berhadapan dengan musuh.

Selain itu, ‘fighter‘ Islam yang dibentuk oleh nabi saw adalah Sayyidina Umar Al-Khattab ra yang sangat berani. Bagaikan singa di padang pasir ketika berhadapan dengan musuh. Ketika peristiwa hijraturrasul, Sayyidina Umar dengan berani mencabar sesiapa sahaja dari kalangan kafir Quraisy yang berani menghalangnya untuk berhijrah ke Madinah. Ramainya sahabat nabi saw yang berpotensi dalam menjadi panglima perang (fighter) dalam menyebarkan Islam. Inilah salah satu human resources yang nabi gunakan untuk Islam.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Bila mana kita mengaku kita adalah pejuang Islam, maka perlulah kita bersedia untuk diperalatkan dan memperalatkan untuk Islam. Sahabat-sahabat nabi juga bersedia untuk diperalatkan unutk Islam dengan kata lain mereka bersedia menyerahkan diri mereka hanya untuk Allah, Rasul dan Islam. Dengan itu, nabi juga memanfaatkan human resource  yang ada seperti leadership.

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan human resource nabi yang memepunyai leadership yang sangat bagus sehingga berjaya memimpin khilafah Islam yang pertama selepas kewafatan nabi. Mus’ab bin Umair juga merupakan salah seorang yang mempunyai potensi leadership sehingga berjaya memperkenalkan Islam kepada penduduk Madinah dengan Islam terutamanya kaum Ansar (Aus dan Khazraj). Dalam perjanjian Aqabah II menunjukkan keberjayaan pasukan yang dipimpin oleh Mus’ab bin Umair sehingga berjaya meningkatkan seramai 70 orang muslimin dan 2 orang muslimat untuk ber’baiah di hadapan nabi saw.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Kita seharusnya menggunakan potensi orang di sekeliling untuk memenangkan Islam. Oleh itu, di dalam article yang akan datang saya akan berkongs dengan sidang pembaca akan sedikit lagi potensi sahabat-sahabat nabi saw dan sumber manusia bukan sahaja orang Islam bahkan orang kafir juga turut menjadi salah satu sumber manusia nabi yang terpenting untuk mengembangkan Islam.

Sekian.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: