Menyaksikan perlawanan acara Pencak Silat dalam MASUM Fasa I

Bergambar dengan pesilat Seni UPM

Alhamdulillah baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan acara Pencak Silat MASUM dalam fasa I di Dewan Besar PKSAS, UPM. Acara pencak silat ini terbahagi kepada dua jenis, silat seni dan silat olahraga. Silat seni pula terbahagi kepada tiga jenis, jurus tunggal, jurus wajib dan ganda@beregu. Jurus tunggal dimainkan oleh perseorangan, jurus wajib yang dimainkan oleh tiga orang manakala ganda hanya dimainkan oleh dua orang.

Menggayakan pergerakan salah satu pergerakan silat seni

Manakala silat olahraga dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut berat peserta. Dari apa yang diperhatikan, semasa perlawanan silat olahraga situasi dan keadaan menjadi sangat riuh dengan sorakan menyokong pasukan mereka manakala semasa pertunjukkan silat seni, keadaan kurang sengit memandangkan tiada pertandingan yang melibatkan dua pasukan berentap.

Sepanjang menyaksikan perlawanan berlangsung, saya terfikir bagaimana peserta yang terlibat mampu utk menunjukkan kelincahan pergerakannya dengan begitu tepat, cantik dan tersusun. Untuk mendapatkan pergerakan yang begitu sudah pasti, perlu ada Indhibat (disiplin) dan kesungguhan dalam berlatih sehingga mampu menghasilkan mutu pergerakan yang cantik dan tersusun sekali gus mampu memenangi pertandingan.  Disini, suka untuk saya menyelitkan sedikit kaitan dua prinsip ini dalam gerak kerja dakwah, kesungguhan dan Indhibat (berdisplin). Kedua-dua prinsip ini wajib dimiliki oleh semua yang bergelar amilin (penggerak) dalam melaksanakan setiap tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Saidina Ali pernah menyebut “ Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan” . Perkara yang ditakrifkan sebagai disiplin atau indhibat ialah : (i) tatatertib dan kelakuan diri (ii) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik (iii) kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan (iv) hukuman dan denda kerana melanggar peraturan.

Semoga kita semua dapat mempraktikan dua prinsip ini dalam kehidupan sehari. Bersunguh-sungguh dan berdisplin dalam setiap perkara yang dilakukan.

Tahniah diucapkan kepada Sufi

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Sufi, yang berjaya memenangi pingat emas dalam kategori Putera C Silat Olahraga. Rahsia kejayaan beliau ialah disetiap kali memenangi perlawanan, beliau akan terus sujud syukur di gelanggang perlawanan, ini adalah satu contoh sikap yang perlu dicontohi oleh semua orang Islam dalam menzahirkan rasa kesyukuran dengan nikmat yang diberikan.

Bergambar dengan kontinjen Pencak Silat UPM selepas selesai Majlis Penutupan acara Pencak Silat MASUM 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: