Aurat diBERSIHkan: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Baru-baru ini digembar-gemburkan isu perhimpunan BERSIH. Dikatakan ini merupakan satu perhimpunan haram sehinggakan beratus-ratus jenis laporan polis dibuat bagi membantah perhimpunan tersebut daripada berlaku. Beberapa siri tangkapan pun telah berlaku serta barang-barang yang berkaitan apa sahaja dengan BERSIH semua dirampas.

Termasuk juga yang memakai baju BERSIH. Menunjukkan semakin fobia dengan apa sahaja yang berwarna kuning. Hal ini menunjukkan keberjayaan pihak BERSIH dalam menjalankan DOKTRINISASI kepada semua.

Bukan itu yang hendak dibincangkan secara lanjut dalam article ini. Kita cuba bermain dengan analogi persekitaran yang berlaku dewasa ini dengan BERSIH. Polis berusaha menangkap dan semua pihak memainkan peranan yang penting bagi memastikan BERSIH tidak dapat dijalankan pada Julai ini.

TETAPI adakah perempuan-perempuan yang berbaju KETAT,MAMPAT dan PADAT yang berkeliaran di sana sini ditangkap sepertimana orang yang memakai baju BERSIH?? TIDAK sama sekali. Malah ‘pemandangan yang indah itu‘ dibiarkan sahaja berlegaran serta di’jamah‘ bersama orang ramai. ‘Pusat Islam‘ ditayang tanpa ada lagi perasaan malu. Aurat masih lagi tidak diBERSIHkan.

Dalam hadith nabi saw:

Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, maka hendaklah ia cegah menggunakan lidah, jika tidak mampu, maka hendaklah ia cegah menggunakan hati, dan itulah selemah-lemah iman

Hadith nabi saw ini menunjukkan bahawa perlu mencegah kemaksiatan menggunakan tangan. Cuba kita tinjau negara luar seperti negara Indonesia. Polis-polis di sana membuat sekatan jalanraya dan menahan siapa-siapa sahaja yang menaiki motosikal bersama lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan menahan sesiapa sahaja yang menampakkan AURATnya. Mereka diberi pakaian yang lebih sopan dan perlu tukar pakaian pada masa itu juga.

Sabda Rasulullah saw:

“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga” (Muslim)

Sebuah negara lain pula menangkap orang yang tidak menutup aurat terutamanya perempuan dan diberikan khidmat kaunseling seperti nasihat supaya berubah. Sehingga dalam dua tiga kali khidmat nasihat. dan akhir sekali, jika tidak berubah juga, maka akan di sumbatkan di dalam penjara. Menampakkan KUASA yang ada perlu digunakan dengan sebetulnya supaya tidak diazab di akhirat. Fikirlah apa yang hendak dijawab di hadapan Allah nanti jika KUASA yang ada diSALAHGUNAkan??

Adapun perkara yang disebut oleh nabi, jika seorang bapa redha dengan pemakaian anak dan isterinya yang mendedahkan aurat, maka diisytiharkan sebagai DAYUS. Seorang bapa perlulah menjaga ahli keluarga mereka daripada ahli neraka seperti firman Allah:

Jagalah diri kamu dan ahli keluargamu daripada api neraka

Jika perhimpunan BERSIH ini mengundang maksiat, maka saya dengan SEKERAS-KERASNYA mahu perhimpunan ini dibatalkan. Janganlah kita menyogok anak muda dengan hiburan untuk membesarkan NAFSU. Saya sangat kurang setuju dengan Himpunan Sejuta Belia 1 Malaysia baru-baru ini dijalankan yang menghidangkan banyak hiburan untuk menarik anak muda ke dalam himpunan tersebut. Semacam tidak punya cara lain untuk ‘menjemput’ sokongan anak muda.

Oleh itu, perlulah diambil berat untuk menjaga keBERSIHan diri dan keluarga dulu sebelum ke perhimpunan BERSIH. Tidak ada guna sekiranya ke BERSIH tetapi tidak berjaya memBERSIHkan diri dan keluarga daripada dosa kepada Allah. Jika tidak faham  dan hanya sekadar semangat menyertai mana-mana perhimpunan, lupakan sahaja untuk menyertai.

Segala amalan hendaklah niat ikhlas kerana Allah dan ittibaussunnah (ikut sunnah nabi saw). Semoga masyarakat dapat menilai sendiri apa sahaja yang berlaku. Jangan cepat percaya dengan hanya mendengar satu sumber, bahkan mesti  lebih sumber untuk mendapatkan ilmu dan maklumat untuk kamu menilai..

Sekian,wassalam.

sumber: khutbah Jumaat

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 1 Sya’aban 1432 H bersamaan 3 Julai 2011 M

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: