Israk Mikraj & Wanita

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Semulia-mulia manusia sehingga diangkat oleh Allah ke langit untuk menggembirakan hati nabi saw tatkala jiwa dan perasaan yang sangat sedih ketika menyampaikan risalah Islam, nabi dicemuh, dihina, ditentang malah diancam bunuh oleh kafir Quraisy. Semacam belaian seorang bapa pada anaknya untuk menenangkan dan meredakan kesedihan setelah bersungguh-sungguh melaksanakan perintah yang di amanahkan.

batu terapung

Belaian Allah pada kekasihnya dengan membawa nabi saw ‘berjalan-jalan’ ke tempat yang suci dan inilah dinamakan “Peristiwa Israk & Mikraj”. Adapun peristiwa ini berlaku hanya sedetik tetapi ia memberikan seribu makna kepada para pengkaji sirah nabi saw. Kali ini taipan komputer mahu menyentuh kaitan peristiwa Israk Mikraj dengan wanita walaupun sudah berlalu bulan Rejab hanya beberapa hari, tidak salah untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Sebelum Perjalanan Israk Mikraj

Sedang nabi saw hendak menaiki Buraq (kenderaan seperti kuda) ditemani sahabatnya, malaikat Jibril as, tiba-tiba terdengar suara lunak dan enak daripada suara seorang perempuan memanggil nama nabi saw dengan panggilan ‘Ya Muhammad’. Nama nabi saw dipanggil beberapa kali tanpa terlihat siapakah gerangan yang memanggil nama nabi saw.

Lalu ditanya kepada Jibril as tentang siapakah yang memanggilnya itu. Pertanyaan nabi saw tidak dijawab oleh Jibril as. Nabi saw tetap bertanya Jibril as beberapa kali namun tetap diam membisukan. Sehinggakan nabi saw kehairanan dengan sikap Jibril as. Tetapi selepas suara yang memanggil nabi saw itu hilang maka dijawab terus oleh Jibril as itu akan pertanyaan yang dilontarkan oleh nabi saw sebentar tadi.

Maka jawab Jibril, “Itulah suara Iblis yang menyerupai suara perempuan. Apabila ditanya siapakah empunya suara itu, maka binasalah setengah daripada umatmu wahai Muhammad“. Simboliknya peristiwa ini menunjukkan bahawa sekiranya perempuan menggunakan suaranya untuk kejahatan dan apa sahaja yang ada pada dirinya untuk kejahatan, maka serupalah ia dengan Iblis laknatullah. Perempuan yang selalu membuat kejahatan disamakan dengan Iblis yang terkenal dengan kesombongannya dan kejahatannya.

Semasa Perjalanan Israk Mikraj

Semasa nabi saw berhijrah ke Palestin, tiba-tiba nabi saw tercium bau yang sangat wangi. Lalu diajukan pertanyaan kepada temannya itu, Jibril as berkenaan perkara itu. Lalu dijawab Jibril as bahawa bau itu datangnya dari perkuburan di Mesir. kuburan itu didiami oleh seorang wanita yang matinya kerana mempertahankan aqidah tauhid kepada Allah swt sehingga dibunuh.

Namanya tidak disebut tetapi majoriti kitab tafsir menyebutnya Masyitah. dalam bahasa Arabnya bermaksud Tukang sikat. Iaitu bekerja sebagai tukang sikat rambut. Ada pula yang mengatakan Masyitah tukang sikat rambut kepada Firaun.

Biar apapun nama tidak penting tetapi simbolik peristiwa ini menunjukkan bahawa seorang wanita yang mempertahankan aqidah tauhid sehingga dia menerima hukuman bunuh akhirnya di dunia lagi Allah swt telah memuliakannya dengan bauan yang sangat wangi.

Di Akhir Perjalanan Israk Mikraj

Di akhir perjalanan, nabi saw dibawa untuk menininjau syurga dan neraka. Nabi saw sangat suka melihat nikmat syurga. Tetapi selepas di bawa untuk meninjau ke neraka, maka sedihlah nabi saw dengan dibayangkan betapa ramainya umat nabi Muhammad saw yang masuk ke neraka yang terdiri daripada kaum wanita.

student Akademi fantasia

Simbolik daripada peristiwa ini menunjukkan bahawa wanita adalah populasi yang paling ramai disumbatkan ke dalam neraka disebabkan tidak menunaikan amanah Allah dan banyak melanggar syariat Allah. Terutamanya adalah aurat kerana keseluruhan diri wanita itu adalah aurat termasuklah suaranya.

Amat menyedihkan apabila umat zaman ini dihidangkan dengan hiburan semata unutk menarik anak muda seperti Himpunan Sejuta Belia 1 Malaysia kerana tengok sahajalah program tersebut membuka pintu kemaksiatan. Islam di Malaysia hanya juara di Akademi Fantasia, Mari Menari, Sehati Berdansa, Maharajalawak, Rajalawak, Malaysian Idol, dan berbagai lagi program maksiat…

himpunan sejuta belia 1 Malaysia

Tetapi Islam di Malaysia kalah dalam program forum agama, ceramah agama dan semua yang berkaitan agama. Boleh dikira dengan jari hadirin yang hadir ke majlis ilmu dan majoriti yang hadir adalah golongan yang berumur dan tua dan bukan yang muda.

Akhirnya disebabkan Islam di Malaysia juara dibahagian lain maka johan ekonomi diambil alih oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia. Oleh itu, muhasabah diri masing-masing untuk mendekatkan diri pada Allah. Ingatlah firman Allah:

Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, jagalah pandangan mata kamu, dan peliharalah kemaluan kamu, dan jangan kamu zahirkan perhiasan kamu….

-An-nur:31-

Aurat perempuan di seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Saya tutup dengan doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika selesai solat ketika tiba dibulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Semoga Allah berkati.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau berkatilah kami di bulan Rejab dan bulan Syaaban. Dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

Sekian, wassalam.

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 2 Sya’aban 1432 H bersamaan 4 Julai 2011 M

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: