Kenyataan rasmi Presiden PMIUPM berkenaan BERSIH 2.0

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

  1. Saya mengucapkan tahniah kepada polis kerana menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara.
  2. Diucapkan tahniah juga pada peserta yang menyertai demonstrasi aman BERSIH 2.0 didalam mahupun diluar negara dengan hanya mahu menyatakan  hak mereka sebagai rakyat
  3. Adapun perkara ketiga, saya mengucapkan takziah atas kematian Allahyarham Baharudin Ahmad
  4. Saya melahirkan rasa sedih dan kesal pada hari demonstrasi berlangsung peserta demonstrasi hanya berhimpun dengan aman tanpa senjata tetapi dibalas dengan gas pemedih mata dan tangkapan yang ganas oleh pihak polis. Situasi ini sangat berbeza dengan negara luar yang mengamalkan demokrasi yang mana polis siap menjaga mereka yang berdemonstrasi.
  5.  Tetapi jika peserta kelmarin melakukan keganasan, saya membantah sekeras-kerasnya kerana Islam tidak mengajar umatnya untuk berlaku keganasan walaupun dalam situasi perang, jihad dalam Islam tidak bertujuan menyerang musuh, tetapi disyariatkan untuk mempertahankan diri atau kerana musuh mengancam keselamatan dakwah Islam yang sedang berkembang ke seluruh dunia.
  6. Segala keputusan dan penilaian saya serahkan kepada Allah untuk menilai segala perbuatan yang dilakukan…Ingat!! Hanya Allah yang Maha Berkuasa dan memakbulkan doa orang yang dizalimi
  7. Disini saya menegaskan lagi, demonstrasi adalah sebahagian daripada demokrasi.

Sekian, wassalam.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH,

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia.

Bertarikh : 11 Syaaban 1432 H bersamaan 11 Julai 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: