Rejab dah terlepas. Syaaban jangan Melepas!

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Bismillahirrahmanirrahim..

Rejab sudah berlalu. Kini fasa Syaaban pula menjengah. Bermakna hanya beberapa hari sahaja lagi giliran Ramadhan untuk menjelma. Kita masih belum terlambat untuk menwarnakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda: “Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Rejab yang telah berlalu

Menyingkap kembali Rejab yang sudah berlalu. Apakah telah kita isi dengan latihan-latihan yang cukup dalam persiapan bertemu Ramadhan. Hikmah di sebalik kedatangan Rejab dan Sya’ban adalah sebagai medan tamrin (latihan) dan persediaan bertemu madrasah tarbiyah Ramadhan tanpa menafikan banyak lagi hikmah lain dalam bulan Rejab dan Sya’ban. Bukanlah latihan berat yang dimahukan sebaliknya latihan ringan yang istiqamah dan itulah yang terbaik.

Di bulan Rejab pelbagai kemuliaan dikurniakan Allah swt kepada hamba-hamba yang berusaha merebut ganjaran keredhaan dariNya. Antaranya adalah ganjaran pahala berganda bagi mereka yang berpuasa, penghayatan terhadap peristiwa Israk Mikraj, peristiwa gerhana Bulan dan banyak lagi. Jika dihayati, sesungguhnya kelebihan berlipat kali ganda yang dikurnia Allah buat mereka yang beribadah di bulan Rejab terlalu rugi untuk dilepaskan.

Kita juga sedia maklum, dalam menuju Ramadhan tanpa sedikit latihan penambaikan amal ibadah pada bulan bulan sebelumya nescaya kucar kacirlah lah nanti. Ibaratnya seperti mahu lari marathon, jika kita tidak melakukan pemanasan badan pasti akan cepat keletihan dan menemui kesukaran berlari.

Selamat datang Sya’ban 

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah swt menciptakan hari atau bulan itu ada kelebihan tersendiri. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi saw mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa.

Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri. Menginsafi segala kelemahan yang masih belum diperbaiki.  Juga digalakkan melihat kembali dan memperbanyak sifat mahmudah.

Sebagai bulan istimewa, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak amalan sunat sepanjang Sya’ban. Antaranya ialah:

1.Berpuasa

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah saw di mana Baginda akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.

Hadis diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud, disahihkan Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah, Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasaai)

Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Antara perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Budaya bertangguh menggantikan puasa ini sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud: “Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan”. (Surah Hud, ayat 123).

Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.

2. Bertaubat & Berdoa

Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah: “Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.”

 

3. Memperbanyak zikir dan berdoa 


Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya. Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

Menenangkan hati

Ini bersesuaian dengan janji Allah swt bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa bersamanya di mana sahaja dia berada. Kesan  paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan. Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

Selain amalan berpuasa, tiada hadis sahih menunjukkan Baginda saw mengkhususkan amalan tertentu sempena Syaaban. Namun, amalan sunah lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat sunat, berzikir dan berdoa.

Jelas di sini Nabi SAW menggalakkan kita untuk berlumba lumba merebut peluang dari fadhilat yang dikurnia Allah dalam bulan Sya’ban dalam proses melatih diri menanti Ramadhan. Justeru, marilah kita hidupkan Syaaban dengan memperbanyakkan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: