Islam, Foreigner dan Melayu

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Terkesima bila mendengar kata-kata seorang ustaz tatkala ketika itu terjumpa seorang makcik Indonesia yang kerjanya sebagai tukang sapu sampah. Seorang budak Melayu memaki hamun makcik tukang sampah yang asalnya dari Indonesia tanpa sebab. Kebiasaannya memang semacam itu yang berlaku.

Lalu ustaz itu mengeluarkan kata-katanya dengan nada yang marah, “Macam mana awak boleh memaki hamun orang yang seagama dengan kamu??!! Awak ingat dia foreigner kan??!! ”

Bermula daripada peristiwa itu, kepala otak saya mula bergerak memikirkan perkara yang berlaku dikaitkan dengan sirah nabi saw. Bukan bermaksud mahu menyentuh hal sensitiviti tetapi hanya mahu menyampaikan kebenaran untuk mengatasi perkara yang salah yang telah didoktrinisasi sejak mula lagi.

Sememangnya Tanah Melayu mula dibuka dan diwarisi oleh orang Melayu sehinggakan agama yang dianuti oleh orang Melayu adalah Islam dan Islam dijadikan agama rasmi Tanah Melayu. Disebabkan raja masuk Islam maka rakyat akan mengikut agama yang dianuti oleh raja. Kebiasaan hal ini pun banyak berlaku di negara-negara lain.

Sehinggakan akhirnya zaman sekarang orang melihatkan bahawa jika bangsa Melayu sahaja mesti Islam. Melayu itu Islam. Tetapi hakikatnya sekarang Melayu tidak semestinya Islam. Bangsa lain yang masuk Islam digelar Muallaf sampai akhir hayat mereka. Sedangkan Muallaf bermaksud orang yang belum lagi masuk Islam tetapi mahu dan mula berjinak-jinak dengan Islam.

Bangsa lain yang beragama Islam seperti Indonesia, Afrika, Gambia, Pakistan, India dan sebagainya yang datang ke Malaysia digelar sebagai foreigner dan kadang-kadang dicemuh serta dihina. Kadang-kadang mereka ditekan dengan hanya kerja separuh mati tetapi gaji yang diperolehi sangat cukup-cukup makan.

lambang kesatuan umat Islam

Tiada rasa kasih sayang langsung kepada mereka yang beragama Islam. Saya mengharapkan kepada kita semua yang berbangsa Melayu untuk berfikir sejenak di luar kerangka pemikiran biasa. Mentaliti yang sudah dicorakkan dengan warna yang kurang enak,perlu diubah kepada yang sepatutnya.
Cuba kita lihat zaman Rasulullah ketika membawa Islam ke seluruh dunia. Nabi saw tidak pernah membeza-bezakan kaum walaupun sebelumnya kaum itu dianggap paling teruk. Jika masuk Islam sahaja, maka BANGSA PUN TIDAK DAPAT mengatasi Islam. Semua sama sahaja bila masuk Islam.
TIDAK ADA YANG DAPAT KEISTIMEWAAN melainkan Islam. Yang membezakan mereka yang masuk Islam HANYA ILMU, IMAN DAN TAQWA. Zaman nabi saw berjaya menghimpunkan Islam dari semua bangsa dan semua sama dan setaraf sahaja. Hanya yang membezakan adalah Islam, kafir dan munafiq.

Sebelum Bilal bin Rabah masuk Islam, dia merupakan seorang hamba yang berkulit hitam dan hanya nampak gigi sahaja apabila senyum. Bangsa Habsyi hanya majoriti menjadi hamba abdi kepada bangsa lain. Selepas Bilal masuk Islam sahaja, dia diangkat menjadi orang yang mulia kerana kemantapan aqidahnya dan menjadi muazzin yang pertama dalam Islam.

Nabi tidak hanya menumpukan pada bangsa Quraisy tetapi bangsa lain tetap menjadi tumpuan nabi seperti Salman Al Farisi yang berbangsa Parsi memberikan idea menggali parit untuk Perang Khandak dan diterima oleh nabi saw.

Semasa nabi saw menerajui kerajaan Madinah, orang Islam semua sama taraf sahaja walaupun berbangsa lain dan yang bukan Islam perlu membayar cukai jizyah sebagai pampas an yang mana orang Islam membayar zakat manakala yang bukan Islam membayar Jizyah. Ini menunjukkan keadilan Islam.

Sebagai contoh lain yang boleh dilihat ketika zaman nabi saw, Muhajirin dan Ansar pun dipersaudarakan ketika peristiwa hijrah. Walaupun tidak kenal satu sama lain, tetapi atas dasar satu aqidah, mereka boleh bersaudara dan sanggup memberikan apa sahaja kepada saudara mereka Muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah seperti harta serta sanggup menceraikan isterinya untuk saudara mereka.

Semua bukti ini menunjukkan bahawa Islam tidak berbeza dari segi bangsa jika mereka Islam. Islam sahaja maka diiktiraf sebagai saudara. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara”
-Al-Hujurat: 10-

Oleh itu, fikir-fikirlah tentang Islam, Melayu dan Foreigner. Assobiah kata nabi saw adalah jika kumpulan mereka buat salah pun mereka tetap mempertahankan. Jangan terlalu assobiah terhadap kaum sehinggakan Islam ditolak tepi.

Sekian, wassalam.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH,

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia.

Bertarikh : 15 Syaaban 1432 H bersamaan 15 Julai 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: