Hari Masyarakat Prihatin: PMUKM

18 JULAI, Bangi – Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah menganjurkan Hari Masyarakat Prihatin semalam di Tasik Cempaka, Bangi  sempena pengenalan kepada Pesta Konvokesyen UKM kali ke-39 dengan kerjasama Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Yang Berhormat Dr Shafie Abu Bakar.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam majlis tersebut bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang. Antaranya persembahan yang ditunjukkan oleh Persatuan Anak-anak Syndrom Down Malaysia, pertunjukan fesyen oleh adik-adik sekolah rendah serta sukaneka. Antaranya adalah seperti gambar dibawah:

pertunjukan fesyen adik-adik

pameran..

pertandingan melukis & mewarna

lakonan adik-adik syndrom down

Majlis itu diserikan lagi dengan pameran-pameran seperti khidmat kesihatan serta gerai-gerai jualan daripada ISIUKM yang tidak ketinggalan membuka gerai makanan pada hari tersebut. Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan terhadap gerai ISIUKM, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan lain-lain.

Presiden ISIUKM, saudara Hafizan ditemui oleh pihak media berkata, “Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi menjenguk ke gerai jualan kami (ISIUKM). Semoga pesta yang dianjurkan sempena Pesta Konvokesyen UKM kali ke-39 ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat“.

Presiden PMIUPM & ISIUKM

Turut juga hadir Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammmad Hazim Mohd Noh dan melawat ke gerai jualan ISIUKM serta sempat menyaksikan beberapa aktiviti dalam majlis tersebut.

Tahniah diucapkan kepada PMUKM serta ISIUKM dalam menjayakan Hari Masyarakat Prihatin. Ini merupakan salah satu medium untuk merapatkan jurang antara mahasiswa dan masyarakat dan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang“, ujar presiden PMIUPM ketika ditemui media di akhir program.

PMIUPM

2 Comments

  1. un war

    alhamdulillah..terima kasih @hazim sudi jenguk program pmukm-isiukm,…p/s : satu yg sama…kedua2 presiden pmi nampaknya sama sihat…hihi..barakallah..
    best regard-kenalan di meja vip…:)

  2. sama-sama…semoga istiqamah di jalanNya.. :0)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: