Diplomatik Najib-Pope: Kenyataan Rasmi Presiden PMIUPM

Berikutan perhimpunan ‘BERSIH’ 2.0 yang lalu, ramai rakyat telah bangkit dan sedar akan kezaliman yang berlaku dalam pemerintahan yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan ramai yang ditangkap sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 itu berlangsung.

Malangnya perhimpunan yang aman damai akhirnya bertukar menjadi hara disebabkan kekacauan oleh pihak polis yang di’control‘ oleh Najib. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan yang polis serta FRU melakukan kekasaran kepada peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Tetapi ‘mereka ‘ tidak sedar bahawa rakyat melihat dan menilai setiap gerak-geri mereka.

Perhimpunan disertai oleh pelbagai latar bangsa dan agama. Baru-baru ini 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian termasuk penganut Katolik menghantar surat kepada Pope Benedict XVI bagi melaporkan keganasan yang diperlakukan keatas mereka. Dengan tidak semena-mena, Najib pula membuat lawatannya ke negara Pope.

Saya terbaca mengenai berita yang dikeluarkan akhbar hari ini yang mana Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melawat ke Vatican dan mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa beliau sedang cuba menjalinkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI bagi meraih sokongan rakyat yang beragama Kristian untuk Pilihanraya ke -13 (PRU 13)  yang akan berlaku tidak lama lagi.Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar Rom.

Dalam Islam sememangnya mengharuskan hubungan kerjasama dan mengelakkan pertumpahan darah. Seperti yang berlaku pada zaman nabi Muhammad saw yang menghantar utusan berserta surat yang bercop mohor baginda untuk menjalinkan hubungan diplomatik.

Sebagaimana yang kita tahu Rasulullah menghantar utusan beserta surat untuk mengajak mereka menganut Islam dan menjalinkan hubungan diplomatik. Antaranya Raja Najasyi yang mentadbir Habsyah dan Raja Hercules. Ada yang yang menerima tawaran nabi saw unutk masuk Islam. Ada yang menentang nabi dan ada yang tidak mahu masuk Islam tetapi memberikan hadiah pada nabi saw sebagai ganti.

Jika kunjungan Perdana Menteri (Najib) ke Vatican mengikut sunnah perjuangan Rasulullah, maka saya doakan supaya hubungan kerjasama antara Malaysia-Vantica akan memberikan impak yang sangat baik kepada kedua-dua negara dan insyaAllah akan dapat ganjaran pahala kerana niat mengikut sunnah baginda.

Adapun jika kunjungan beliau hanya sekadar untuk meraih sokongan rakyat yang beragama Kristian setelah dikasari dalam perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini bagi menghadapi PRU 13 ini serta sekadar untuk mengaburi mata rakyat, saya mengesyorkan supaya beliau melupakan sahaja angan-angan untuk menipu rakyat kerana rakyat melihat dan menilai.

Hanya peringatan yang saya beri supaya berwaspadalah kerajaan Malaysia kerana sirah menunjukkan jika sebuah kerajaan itu tidak lagi menurut perintah Allah, Rasul, Al-quran dan sunnah, maka terimalah sesuatu bangsa yang lebih baik akan menggantikan kamu seperti golongan Tatar yang mengalahkan kerajaan Islam kerana tidak lagi mengikut perintah Allah dan mengamalkan Islam.

Sekian, wallahu’alam.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh : 20 Syaaban 1432 H bersamaan 20 Julai 2011

5 Comments

  1. Apa yang sebenarnya ingin disampaikan? adakah ingin pemberontakan dan kemusnahan berlaku? Apa kepincangan yang besar telah dilakukan oleh Kerajaan? S

  2. Salam,
    Saudara boleh saya tahu apa KEZALIMAN kerajaan BN kepada rakyat?
    Boleh saudara senaraikan kesengsaraan rakyat?
    Boleh saudara senaraikan negeri mana yang dilanda kebuluran?
    Boleh saudara nyatakan rakyat mana yang mati tak cukup makan?
    Boleh saudara nyatakan ketidakadilan kerajaan sekarang?
    Ingat saudara, saudara beragama Islam… Tapi Islam hanya pada nama sahaja… Kerana saudara telah melakukan dosa yang besar iaitu memfitnah… Kerajaan awal-awal lagi mengingatkan rakyat agar tidak menyertai perhimpunan tersebut kerana ianya tidak mempunyai permit, iaitu HARAM… Saudara sukakan perkara yang HARAM? Kerajaan tidak menghalang perhimpunan tersebut dilakukan di dalam stadium asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam. Apa matlamat dan tujuan sebenar perhimpunan Bersih? Nak menghantar memorandum kpd YDP Agong? Mengapa sewaktu Ambiga dipanggil mengadap YDP Agong sebelum perhimpunan Bersih, tidak menyerahkan memorandum tersebut? YDP Agong menasihatkan Ambiga supaya jika nak mengadakan perhimpunan sekalipun, buatlah di stadium dalam negeri tadbiran PR, kenapa perlu pilih Kuala Lumpur? Selama saya dilahirkan di Malaysia ni, saya rasa amat bersyukur kerana Malaysia ini aman dan tenteram. Jika di Indonesia, boleh dikatakan kerap berlaku pergaduhan antara kaum yang berlainan. Jika di Thailand kerap berlaku serang hendap terhadap penduduk Selatan Thai. Jika di Filipina kerap berlaku ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaannya. Jika di Somalia dengan aktiviti perlanunan. Jika di Rwanda ramai yang kebuluran. Tetapi di Malaysia ramai yang mati disebabkan terlebih makan… Ramai yang mati akibat kemalangan jalanraya… Ramai yang mati akibat penyakit jantung… Susah nak jumpa rakyat Malaysia mati akibat kebuluran… Jika di Singapura undang-undang sangat ketat, buang sampah sahaja didenda dan disaman. Meludah sahaja sudah didenda dan disaman. Menentang kerajaan sahaja terus dipenjarakan. Di Singapura takde kebebasan media. Media disekat dari menghentam kerajaan. tapi di Malaysia, media alternatif bebas mengutuk kerajaan. Malah tanpa segan silu menghentam dasar-dasar kerajaan yang sebenarnya takde cacat celanya… Hanya kerana satu sahaja…. DENGKI, IRI HATI, KHIANAT, CEMBURU, MARAH… Jika di Indonesia, ulamak di sana terus dicap sebagai pengganas… Tetapi kerajaan Malaysia masih berlembut lagi dengan ulamak palsu yang sentiasa menyatakan pembohongan, fitnah dan mengemukakan fatwa dan hadis sesat… Sedarlah saudara… Sejak kecil saudara bersekolah di bawah bantuan kerajaan… Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti… Juga atas bantuan kerajaan… Jika kerajaan zalim, sudah lama saudara dihalang ke sekolah… Saudara seorang yang bijak, tetapi bodoh kerana tidak pandai menggunakan akal yang diberikan Allah… Allah berikan kita akal supaya kita boleh menilai baik serta buruk satu-satu perkara dan tindakan… Adakah dengan menyertai perhimpunan bersih ni, ada kebaikan? Saudara rela menjejaskan periuk nasi bangsa sendiri yang berniaga di kawasan yang diadakan perhimpunan tersebut? bersyukurlah dgn apa yang Allah berikan kpd kita di Malaysia ini… Kita jgn terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti kerana belum pasti ianya sempurna…. Kerajaan Malaysia tidak pernah menghalang umat Islam serta kaum lain beribadah.

  3. Saya cabar saudara keluar dari universiti yang dibina oleh kerajaan dan saudara cari universiti lain tanpa bantuan kerajaan. saya nak tgk senang dan susahnya saudara… Saudara tergolong antara golongan yang tidak mensyukuri nikmat Allah…

    • nabi musa pun di BELA oleh FIRAUN laknatullah…diberi ‘biasiswa’, diberi makan, diberi pakaian dan diberi macam-macam nikmat oleh Firaun.TETAPI selepas dapat perintah untuk sampaikan Islam, tetap lawan Firaun walaupun banyak bagi ‘NIKMAT’…adakah ini pun tidak bersyukur dengan NIKMAT??…terima kasih atas pandangan….

      • ذواللکفلي

        sampai macam tu sekali pandangan saudara, sungguh zalim kerajaan sekarang ni sehingga disamakan dengan kerajaan Firaun Laknatullah yang mengaku tuhan tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: