Madrasah Tarbiyah Ramadhan: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Akhirnya, tibalah bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Begitu banyak kelebihan yang diberikan ketika bulan Ramadhan. Maka rebutlah peluang selagi mana masih ada didepan mata.

Umat Islam perlulah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dalam bulan Ramadhan sebagai pemangkin untuk menyentuh roh dalaman supaya lebih dekat kepada Allah. Dalam bulan Ramadhanlah berlakunya peristiwa perang Badar Al-Kubra. Di mana peperangan ini melibatkan perang saudara antara anak dan bapa. Sanagt menguji keimanan sahabat-sahabat yang berperang pada ketika itu.

Dengan kelengkapan perang yang sedikit serta tentera Islam yang berperang hanya 313 orang sahaja berhadapan dengan tentera kafir Quraisy seramai 1000 orang yang lengkap bersenjata. Ikutkan nisbah sememangnya sukar untuk mengatasi pihak lawan tetapi senjata orang beriman adalah doa selepas berusaha dengan tahap yang tertinggi.

Akhirnya menang tentera Islam dengan diiringi bantuan Allah iaitu malaikat untuk memelihara Islam daripada terkubur yang baru sahaja berkembang. Pristiwa ini wajar diambil sebagai pemangkin umat Islam supaya tidak hanya kejar ibadat kepada Allah semata-mata di bulan Ramadhan tetapi terus istiqamah melaksanakan gerak kerja dakwah serta jihad fi sabilillah dengan lebih hebat lagi.

Dalam bulan Ramadhan juga ada diselitkan satu malam yang tidak diberitahu oleh Allah bila akan berlakunya iaitu Lailatulqadar. Ini kerana Allah hendak mengajar umatnya supaya tidak hanya beribadat satu malam sahaja tetapi sepanjang malam. Kelebihan diberi pada malam itu supaya umat Islam berusaha mendapatkannya. Peluang sudah ada di depan mata, hanya menunggu kita sahaja untuk merebutnya.

Pahala diberikan lebih berganda daripada bulan-bulan biasa. Maka wajarlah kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan kebajikan di sepanjang ramadhan unutk merebut sebanyak mungkin seperti sedekah, baca quran dan sebagainya. Masa tidak akan berulang lagi sekiranya sudah terlepas.

Oleh itu, saya mewakili barisan saff kepimpinan PMIUPM mengucapkan selamat melalui Madrasah Tarbiyah Ramadhan kepada semua umat Islam dengan cemerlang. Semoga segala kelebihan Ramadhan dapat dicapai dengan jayanya.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Tarikh: 1 Ramadhan 1432 H bersamaan 1 Ogos 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: