Mahasiswa nasihat Najib selesai isu Murtad iku syara’

KUALA LUMPUR 17 Ogos: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menyelesaikan isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menceroboh gereja mengikut syarak.

Presidennya Muhammad Hazim Mohd Noh petang tadi berkata langkah pihak berwajib sepatutnya tidak memasuki Gereja Methodis Petaling Jaya Utama secara semberono memandangkan Islam melarang tindakan demikian.

Beliau berkata demikian berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah Al-An’am: 108)

Tambahnya lagi, mereka yang terbabit sepatutnya disiasat, bukannya dihukum tanpa bukti.

“Nabi menganjurkan untuk siasatan sebelum tindakan diambil seperti kisah wanita mengaku berzina di hadapan nabi.

“Nabi tidak terus menghukum tetapi nabi memerintahkan wanita tersebut pulang dan menunggu sehingga kelahiran anak dalam kandungan dan selepas empat kali mengaku depan nabi serta siasatan dijalankan, barulah hukuman diambil,” beliau menambah.

3 Ogos lalu, beberapa pegawai JAiS didakwa menceroboh gereja terbabit kerana menyangka sekumpulan penganut Islam sedang dikristiankan oleh pihak berkenaan.

Pihak gereja dalam reaksi spontan berkata, majlis makan malam tersebut demi mencari dana membiayai para pesakit HIV, termasuk beberapa penganut Islam yang berlindung di gereja tersebut.

Ekoran itu, beberapa badan bukan kerajaan yang dikaitkan dengan Umno menuduh PAS tidak lagi mempertahankan akidah Islam, sebaliknya tunduk pada kemahuan pihak Kristian, PKR dan DAP.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali antara bekas pemimpin Umno yang bukan menuduh PAS tidak lagi memperjuangkan Islam.

Malah beliau berkata pihaknya mahu mengambil alih perjuangan Islam dari PAS.

Perkembangan terbaru itu dijangka bakal mendedah wajah sebenar pentadbiran Najib yang dipercayai umum demi mempertahankan Putrajaya di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: