PMIUPM dan PMIUM: Usaha Dua Persatuan Mahasiswa Islam terhadap krisis Somalia

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Dua persatuan mahasiswa islam di kampus Lembah Klang semalam telah melancarkan ‘Tabung Mahasiswa Untuk Somalia’ bagi membantu rakyat Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran akibat musim kemarau berpanjangan.

Dua persatuan tersebut adalah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Semasa pelancaran, PMIUPM diwakili oleh Exco Dakwah dan Kerohanian, saudara Tajul Asyraf Tajul Anuar. Beliau berkata bahawa usaha PMIUPM terhadap kebajikan masyarakat tidak terbatas di peringkat dalam negara sahaja malahan PMIUPM turut serta dalam membantu kebajikan di peringkat nasional.

Menurut UN Children’s Fund (UNICEF) dalam laporan di aljazeera.net melaporkan 500 000 kanak-kanak Somalia menghadapi keadaan yang boleh mengancam nyawa dan mempunyai akibat yang berpanjangan bagi pembangunan fizikal dan mental mereka. Maka, keprihatinan masyarakat seluruh dunia sangat diperlukan bagi membantu mereka, ujarnya lagi kepada pemberita.

Manakala, Presiden PMIUPM saudara Muhammad Hazim Mohd Noh berkata kepada pemberita ketika dihubungi juga berkata bahawa krisis di Somalia adalah isu kebajikan yang seharusnya mendapat perhatian daripada semua tidak kira agama, bangsa mahupun negara. Banyakkan bersedekah dan menghulurkan bantuan kerana kemarau di Somalia sudah mencpai tahap yang kritikal.

Bagi menjayakan usaha ini, mahasiswa kedua-dua persatuan bersama-sama beberapa kumpulan mahasiswa yang lain seperti  Pro-Mahasiswa UM dan UPM, Team Elit Muslim dan Briged Putra Nasional akan turun ke kawasan-kawasan umum di ibu negara untuk mengutip derma tersebut.

Sasaran kutipan adalah sebanyak RM10,000 dan kutipan akan terus berjalan sepanjang Ramadhan dan dijangka akan diteruskan pada bulan Syawal.

“Fokus utama kami di peringkat mahasiswa adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan kepada rakyat Somalia. Kami sasarkan kuitipan akan mencecah RM10 000 dan kutipan ini akan terus berjalan sepanjang Ramadhan ini. Walaubagaimanapun kutipan derma Tabung Mahasiswa Untuk Somalia ini akan diteruskan juga di bulan Syawal nanti dan lainnya sehinggalah mencapai sasaran yang kita letakkan.”  ujar Presiden PMIUM, Muhammad Safwan Anang @ Talib dalam kenyataan di laman web rasmi, pmium.org.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: