PMIUPM terus bergiat aktif di Bulan Puasa

Ramadhan telah menjejak ke akhir fasa kedua. Bagi mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUPM), ini tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus bergiat aktif dalam medan dakwah pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Kem Menggapai Ilmuwan Islam, Menjana Generasi Rabbani telah berjaya menaikkan semangat 40 pelajar bertuah dari Maahad Qasimul Ulum (MQU) yang mendapat pentarbiahan luar biasa daripada mahasiswa PMIUPM dibawah kelolaan HELWANI PMIUPM yang diketuai oleh Saudari Nur Syazwani Aziz. Program yang dijalankan pada 13 dan 14 ogos yang lalu berjaya membawa objektif berkhidmat kepada masyarakat luar dan pada masa yang sama membantu dari sudut akademik bagi sekolah yang berorientasikan tahfiz.

Slot Brain Game adalah slot yang mendidik para pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran. Satu slot yang mendatangkan keseronokan dan kelainan kepada para peserta adalah Al-Quran & Sains yang berjaya disampaikan dengan berkesan oleh Saudari Siti Khadijah Lokman serta Saudari Fateha.

Bagi pelajar rendah diadakan slot Seronoknya Belajar dengan game sifir dan Spell it .Ini adalah antara objektif bagi melahirkan pelajar yang bersemangat dan seronok untuk belajar. Pada hari seterusnya diadakan tayangan video Muhammad the Last Mesengger dan hari yang sama juga diadakan aktiviti My Idol bagi memperkenalkan tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang hebat seperti Ibn Khaldun, Ibn Sina, Ar-razi dll.

“Program ini sangat memberi perangsang dan semangat baru bagi saya untuk maju dalam pelajaran”, kata salah seorang pelajar yang mengikut program ini. Dan bagi Nur syazwani Aziz yang juga merupakan Presiden Helwani PMIUPM, “Program ini antara program yang berjaya membawa kelainan dalam menyampaikan dakwah kepada adik-adik”.

Katanya lagi, “semoga pada program yang akan datang kami dapat membawa aktiviti yang lebih menyentuh dan dekat pada adik-adik zaman kini yang lebih terdedah kepada arus modenisasi”.

Bagi melahirkan generasi cintakan Al-Quran,sekolah yang mempunyai 2 sesi pagi dan petang berjaya menerapkan pembelajaran duniawi dan ukhrawi. Pada sebelah pagi adalah sesi tahfiz dan pada sebelah petang para pelajar akan meneruskan pembelajaran akademik. Bagi pembelajaran akademik yang secara praktikalnya terbahagi kepada akademik dinniyah dan akademik biasa. Akademik dinniyah merangkumi subjek seperti fiqah, sirah, ibadah, tauhid dan bagi akademik biasa seperti B. Melayu, Matematik, Sains dan B.Inggeris. Mudah kata sekolah ini menyediakan pakej lengkap bagi melahirkan generasi Al-quran yg profesional tanpa mengenepikan mana-mana elemen.

Walaupun jumlah pelajar yang terlibat tidak ramai, tetapi jumlah yang sedikit inilah yang diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat luar tentang kemampuan pelajar tahfiz yang mampu cemerlang dalam dua bidang pada satu masa. Segala kekurangan didalam program diharap dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Program ini akan dijadikan program tahunan dan semoga lebih ramai lagi mahasiswa UPM bersama-sama mengikuti program menarik yang dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UPM untuk kemasukan sesi yang akan datang.

Sumber: pmiupm.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: